Friday, February 19, 2010

Sukan Rakyat Taman Cempaka




Jemput Datang Beramai-ramai

Wednesday, February 17, 2010

Tanda Ingatan PAS Kepada Masyarakat Cina








Lebih 30 kotak limau menderin telah di sampaikan kepada masyarakat cina di Bukit Kempas, Rumah Berhala Tampoi, SRJK Tampoi, Pekan Tampoi dan Bukit Mewah pd hari khamis & jumaat 11-12 Feb 2010 bersama YB Dr. Boo Cheng Haw, En. Suhaizan Kaiat, Mr Remon, En. Abdullah Idris -YDP Pulai, En Tan O Peng dan rakan- rakan. Ini merupakan tanda ingatan PAS dan Pusat Aduan Rakyat Kempas kepada mereka. Masyarakat cina menyambut baik kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat(PR)

Thursday, February 4, 2010

FORUM KALIMAH ALLAH




Jemput Beramai-ramai. Anjuran Pemuda PAS Pusat

Wednesday, February 3, 2010

Dato Nasir Pembantu Khas PM hina cina dan india

'India pengemis', 'Cina jual tubuh' - 12 laporan dibuat
Yip Ai Tsin
Feb 3, 10

Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka, semalam.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.

Ditanya samada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.

“Biar kami menyiasat terlebih dahulu. Kami mesti mengumpul semua fakta dan saksi. Hanya selepas itu, kami akan menentukan samada untuk menahannya,” katanya.

Ucapan Nasir di Melaka semalam itu menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan berita itu, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan malam semalam mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.

Menurut kenyataan media itu lagi, kenyataan Nasir juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

10 tahun parit di Permatang 5, Kempas tidak diselenggara

Berita Harian: 18.01.2010

Laluan air tak sempurna punca beberapa rumah retak

KEMPAS: Dua Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah melawat tetapi masalah parit yang tidak diselenggarakan, masih lagi gagal diselesaikan MBJB di Jalan Permatang 5, di sini, hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk setempat.

Lebih mengecewakan penduduk, masalah berkenaan sudah berlanjutan hampir 10 tahun, dan kini sebahagian parit sepanjang lebih satu kilometer (km) jelas mengancam keselamatan enam rumah yang retak akibat ketiadaan laluan air terutama sekali ketika musim hujan.

Ketua Kampung Kempas Permatang, Mohamad Muasa, 58, berkata pelbagai usaha sudah dilakukan penduduk dan pelbagai pegawai tertinggi MBJB sudah datang melawat tetapi masalah parit di jalan berkenaan terus tidak dapat diatasi.

"Saya sendiri hairan mengapa susah benar MBJB hendak memperbaiki parit di kawasan ini, sedangkan jelas ia sudah mengancam keselamatan penduduk setempat selain mengakibatkan kerosakan pada jalan masuk kerana tiada laluan air akibat parit yang tidak diselenggarakan," katanya kepada Berita Harian di sini.

Tinjauan ke kawasan berkenaan mendapati bahawa aduan dan dakwaan penduduk berhubung masalah parit terbabit sememangnya berasas kerana akibat tiada penyelenggaraan terdapat sebahagian parit sepanjang kira-kira 150 meter seakan tergantung.

Ia disebabkan tanah di tepi parit terbabit runtuh sekali gus menyebabkan enam rumah retak dan jika keadaan itu tidak diselenggara dengan segera, ia jelas mengundang tragedi tanah runtuh sekali gus mengancam keselamatan dan nyawa penduduk.

Seorang lagi penduduk, Jamil Din, 57, berkata masyarakat di Jalan Permatang 5, sememangnya hairan dengan sikap lepas tangan MBJB, yang terus gagal menangani masalah parit berkenaan sedangkan, sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi terbabit harus peka dengan permasalahan itu.

Katanya, penduduk tidak menyalahkan Ahli Parlimen atau Ahli Majlis MBJB kerana mereka sudah melakukan tugas dengan membawa pegawai serta Datuk Bandar melawat kawasan berkenaan, tetapi tindakan terus tidak diambil.

Monday, February 1, 2010

Mangsa Hamba Sek Anggota Polis




Berita Harian 1.2.10

GEORGETOWN: Lari dari mulut buaya, masuk mulut naga. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan penderitaan seorang isteri yang menjadi mangsa pemuas nafsu seorang anggota polis sejak 10 tahun lalu.

Wanita berusia 40 tahun, dari Sungai Nibong di sini, pada awalnya mengharapkan persahabatan dengan anggota polis berusia 47 tahun berkenaan boleh menamatkan penderitaannya yang sering dipukul suami.

Malangnya, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 18 tahun itu hidup terumbang ambing dan bergelumang dosa kerana dipaksa menjadi perempuan simpanan walaupun masih bergelar isteri orang.

Malah, sejak bersekedudukan dengan lelaki itu, dia mendakwa sudah sembilan kali menggugurkan kandungan sehingga rahimnya rosak dan dipaksa mengambil ubat pencegah hamil.

Dia membuat pengakuan itu kepada Berita Harian dalam satu pertemuan di sini sebelum menunjukkan 'markas' tempat anggota polis itu memuaskan nafsunya.

Mengimbau kisah dukanya, wanita itu mendakwa bertemu anggota polis itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pusat kecantikan di Bukit Jambul dan keesokannya, lelaki itu menunggunya dan mahu berkenalan.

"Saya memberitahunya saya sudah bersuami tetapi dia tetap mahu berkawan. Saya kemudian menerimanya sehingga dia berani 'merampas' saya daripada suami ketika berada di rumah," katanya.

Wanita itu juga mendakwa anggota polis itu cuba menyalahgunakan kuasa bagi memerangkap suaminya, tetapi ia diketahui pegawai atasannya dan dia ditukarkan ke tempat lain.

Walaupun ditukarkan, anggota polis itu masih berhubung dengannya dan mendakwa seperti dipukau kerana akan mengikuti apa saja yang dikatakan lelaki itu tanpa berani melawan, memendam perasaan serta sentiasa ketakutan.

Dia juga ke tempat anggota polis itu setiap hari selepas bekerja dan ditempatkan di rumah yang tersorok di sebuah kawasan kediaman.

"Setiap hari saya dipukul, didera, dicekik dan diterajang sehingga selalu mengalami sakit dalam badan. Saya juga dipaksa makan dan minum makanan yang dibelinya yang dipercayai dijampi," dakwanya.

Sepanjang 10 tahun berkeadaan begitu, suaminya tidak mengendahkannya lagi kerana kecewa dengan perbuatannya yang bersekedudukan dengan anggota polis itu, manakala hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan isteri anggota polis itu.

Dalam tempoh itu, setiap kali hari raya, dia akan dikurung dalam rumah dengan hanya berbekalkan roti, kaya dan air kosong.

Wanita itu mendakwa, pada 14 Januari lalu, dia dirogol dalam tandas kira-kira jam 10.30 malam oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Apabila memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis itu, dia dipersalahkan dengan mendakwa cuba mengkhianati perhubungan mereka dan dimarahi serta dipukul sebelum ditinggalkan dalam kesakitan.

"Selepas itu saya menghubungi kakak angkat untuk mendapatkan bantuan dan pergi ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan," katanya.

Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian rogol pada 16 Januari selepas dinasihatkan doktor yang turut mendapati badannya mempunyai kesan lebam.

Selepas membuat laporan, sepasukan anggota polis diketuai seorang pegawai berpangkat Inspektor mengambil keterangan anggota polis itu tetapi memintanya mengaku dia isterinya.

"Saya kecewa dengan sikapnya, malah dia pernah mengugut akan melakukan sesuatu yang dahsyat jika perkara itu terbongkar," dakwanya yang kecewa kerana dua laporan polis yang dibuatnya di Ibu pejabat Polis Kulim, Kedah tidak diambil tindakan.

Minum Petang & Dialog Bersama YB Iskandar Exco Selangor










Minum Petang & Dialog Bersama YB. Iskandar Abd Samad. Exco Selangor di Projek Perumahan Rakyat Kempas pd 31.1.10 jam 6 petang. Kehadiran 70 orang. Turut Hadir adalah : Sdr. Mazlan Aliman (Pengerusi Anak), Sdr. Khairul Faizi (Penyelia PAR Pt Yani), Hajah Azah Mohammad (Ketua Caw UMNO Bukit Timbalan), Sdr. Kadir Atan (Pengerusi Caw UMNO Permai) dan ramai lagi

Antara yang dibincangkan adalah isu-isu setinggan di Selangor, PPR di Selangor & cara pengendaliannya. Banyak soalan-soalan daripada peserta berkisar masalah yang dihadapi oleh penduduk PPR Kempas.

UMNO MUAR MEMALUKAN !!!




UMNO Muar memalukan!!!! Cawangan Rangkai Abadi di Muar telah menggunakan Cabutan Hadiah Misteri untuk mencari ahli baru UMNO. Saya orang Muar, walaupun saya bukan ahli UMNO Muar tetapi tindakkan menggunakan hadiah misteri memalukan orang-orang politik berasal dpd Muar. Hadiah misteri ini menyebabkan UMNO seperti barang murah yang dijual di pasar lambak Pt Yusof. UMNO yg gagah di Muar suatu masa dulu sudah menjadi barangan murah yg perlukan cabutan misteri untuk masuk ke dalamnya. Itulah dinamakan UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS... Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Walau setinggi mana pun KEMPAS.




Walau setinggi mana pun KEMPAS. Kan ku capai jua. Insya Allah