Tuesday, October 13, 2009

CABAR DEBAT DENGAN UMNO ISU UNDI POS

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyatakan bahawa Pemimpin Pas yang yang terus memainkan isu undi pos dan tidak mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang diibaratkan seperti orang 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.' Peribahasa Melayu itu bermaksud 'tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri' itu sesuai dikaitkan dengan mereka yang masih menyalahkan undi pos sebagai punca kekalahan mereka.

Pas menerima kekalahan yang berlaku di Bagan Pinang yang mungkin berpunca daripada bebarapa kelemahan yang berlaku. Tetapi PAS tidak menafikan wujudkan sistem yang lemah dan mudah dimanipulasi pihak tertentu dalam perlaksanaan undi POS. Saya boleh senaraikan satu persatu ruang-ruang manipulasi yang ada dalam undi pos.

Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam UMNO terutamanya Pemuda UMNO untuk berdebat dengan saya dibawah tajuk “Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia”.

Suhaizan Bin Kaiat

Pengerusi
Jawatankuasa Khas
Undi Pos
Dewan Pemuda PAS Pusat

8 comments:

Anonymous said...

dah kalah tu kalah la...kembali kepada perjuangan sebenar PAS!!!seperti mana di zaman kepimpinan allahyarham Dr. Fadzil Noor....pada pandangan saya, perjuangan PAS makin kabur dan rakyat semakin 'blurr' apabila kenyataan DAP bahawa " LANGKAH MAYAT DULU SEBELUM LAKSANAKAN HUDUD" masih belum mendapat reaksi PAS!!!jangan lah kita sanggup menggadaikan maruah perjuangan parti semata-mata untuk memenangi kuasa..Assalamualaikum

Salim said...

betol tu...PAS sekarang dah jauh terpesong drp perjuangan asal...dah takut nak cakap perjuangan Islam atau nak laksanan hudud.
Semuanya kerana nak jaga hati DAP....sedihhh :(

Anonymous said...

Cukup2 la tu PAS oi. Berpada2 la benci kat UMNO. Beringat2 la bila berkawan dengan PKR & DAP.

vesewe said...

It is not surprise that BN had done all the shameless things which possible exist in this word!

They are a group of scum, shit and rubbish that never know shame and never respect human rights!

I wonder why there are still some fools that never realise and keep on supporting corrupted BN!

kentanjim said...

We all know that from history, whether it be May 1969 or Kampung Medan or those who dies under police custody, it is usually the malay Muslims who are mistreating and killing other races, maybe due to their heritage Muslim recalcitrant.

Not many malays are able to respond and debate openly to criticism. They only know how to respond in a violent manner way.

reek said...

Oh my gosh! The pretender is not even a wakil rakyat and he is acting as if he got the mandate from everyone in Perak!

julee said...

A case of the robber telling the victim to be law abiding.

Respect for the law is respect of the people rights! And the people have the rights to the government they chose.

So how about letting them decide in a fresh election?

Anonymous said...

saya kecewa melihat perkembangan harakah...adakah harakah sememangnya wadah rasmi untuk menghentam orang tanpa mengusulkan cadangan mahupun perkembangan semasa? saya adalah pengikut harakah sejak dahulu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Kalau perkembangan sebegini berterusan, maka samalah kita seperti BN!!kenyataan tuan guru hadi awang berkenaan pilihan raya amatlah dialu-alukan tetapi harakah terus memainkan isu-isu bodoh yang memualkan. Kurangkan lah menghentam manusia lain, sebaliknya marilah kita buat kerja!!