Friday, October 2, 2009

Lubang Penipuan Undi Pos SPR-BN

7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

8.10.09 : Pengundian hari pertama
9.10.09 : Pengundian hari kedua
10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos
11.10.09 : ketas yang dipos akan sampai di Majlis Dearah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kartas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS.

Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen UMNO akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekali gus.

Fikirkanlah wahai Rakyat Malaysia.

Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.

4 comments:

Anak Perelih said...

Untuk memastikan tiada penipuan terhadap baki kertas undi POS yang tidak diambil oleh pengundi untuk tujuan dipangkah dna dimasukkan oleh pihak pihak tertentu, maka

Sila pastikan PAS membuat perjumlahan kertas undi yang dibuang pada hari pengundian pos iaitu 8 dan 9 Okt... dan compare dengan jumlah undi pos yang diumumkan pada hari penjumlahan undi...

Abang saya di IPDA Port Dickson sejak 2 tahun lepas, tetapi namanya masih pengundi di kem lama (Kuantan)... ramai anggota seperti ini dan ada anggota yang sudah transfer ke unit/kem lain atau telah bersara 1-2 tahun lepas tetapi namanya masih pengundi di Port Dickson... Sila semak kes kes ini.... Ini bermaksud pengundi pos tidak akan 100% kerana ramai yang tidak akan mengundi di situ

COCKIN COCK said...

hidup barisan

tak salah pun undi parti suci. kalau undi pas dan pkr hanya menjual maruah bangsa dan negara.

isa samad is like jesus. he is a saint

Ibnu Rashid said...

salam...
goku... apa maksud anda nie?
(isa samad is like jesus. he is a saint)????????
dan yang bawah nie?:

hidup barisan? barisan apa???

tak salah pun undi parti suci. ???... suci apa? suci dari najis???..kalau undi pas dan pkr hanya menjual maruah bangsa dan negara.????..sapa yg jual semua2 tu???....atau anda hanya psiko saja..???.

kenapa saya cuba buka blog anda tak boleh?

Anonymous said...

dah kalah tu kalah la...kembali kepada perjuangan sebenar PAS!!!seperti mana di zaman kepimpinan allahyarham Dr. Fadzil Noor selaku bekas wakil rakyat saya yang paling dihormati dan disanjungi....pada pandangan saya, perjuangan PAS makin kabur dan rakyat semakin 'blurr' apabila kenyataan DAP bahawa " LANGKAH MAYAT DULU SEBELUM LAKSANAKAN HUDUD" masih belum mendapat reaksi PAS!!!jangan lah kita sanggup menggadaikan maruah perjuangan parti semata-mata untuk memenangi kuasa..Assalamualaikum