Friday, July 10, 2009

Fakta Hasil Kajian PPSMI Yang Di Sembunyikan

Tidak kah kita terfikir bahawa fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin dua hari lepas suatu fakta yang tidak pernah disiarkan sebelum ini. Terutamanya semasa Dato' Hishamuddin Tun Hussin jadi Menteri Pelajaran. Tiba-tiba bila pejuang Bahasa marah melalui Himpunan 100 ribu di Kuala Lumpur barulah Kementerian dedah fakta baru.

Fakta zaman Hishamuddin semuanya menyatakan PPSMI tidak menjejaskan prestasi pelajar. Malah memberi kesan positif kepada pelajar. Budak-budak kampung semua dah pandai berbahasa Inggeris. Tapi bila tiba zaman Mahyuddin Yassin fakta-fakta jadi sebaliknya iaitu PPSMI telah menganggu prestasi pelajar.

Sepanjang yang saya terlibat dengan penyelidikkan di UTM dulu. Hasil kajian ini akan dirumus untuk mendapat jawapan kepada masalah yang mahu diselesaikan. Jawapan ni sepatutnya ada satu sahaja. Boleh atau tidak PPSMI dilaksanakan. Tapi peliknya jawapan dalam Kementerian Pelajaran ada dua.

Saya rasa mula-mula Kementerian Pelajaran nak terus aja PPSMI. Kemudian pegawai Kerajaan disuruh mencari fakta-fakta menyokong. Kemudian bila pejuang bahasa marah, kementerian pun ubah pendirian mansuh pulak PPSMI. Pegawai yang sama diminta cari fakta-fakta yang membantah PPSMI.

Kalau begitulah cara Kementerian Pelajaran bekerja maka tak lebihlah cara orang kampung buat keputusan nak jual durian dikampung. Bila peraih pertama tawar harga murah dia kata "Durian dah habis". Bila peraih kedua datang dengan harga yang lebih tinggi " Durian ada di belakang rumah"

Malang nasib rakyat Malaysia berpemimpinkan Barisan Nasional.

0 comments: