Saturday, August 9, 2008

Dalam Pemilihan UMNO Pak Lah Menang, Dalam Pilihanraya Pak Lah Kalah

Ungkapan Tun Dr. Mahathir sangat tajam sekali apabila beliau berkata ” Dalam pemilihan agong UMNO Pak Lah boleh menang tetapi dalam pilihanraya Pak Lah akan kalah” Tun Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pada forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, pada 09-08-08. Apakah makna disebalik ungkapan ini ? Bagaimanakah masa depan UMNO ?

Dalam pemilihan agong UMNO, kebanyakkan ketua-ketua bahagian UMNO telah dikunci mulut mereka dengan jawatan, kuasa, duit dan pengaruh. Mereka tidak berani berkata bagi membelakangkan Pak Lah. Walaupun hodoh dan bodoh Pak Lah, Ketua-ketua Bahagian tetap kata Pak Lah cantik dan pandai. Walaupun susah dan marah rakyat, Ketua Bahagian tetap kata rakyat senang dan gembira. Rakyat Malaysia jauh lebih baik daripada negara luar. Susah-susah rakyat Malaysia mereka tetap makan juga. Inilah amalan bodek yang menjadi keagongan UMNO. Inilah amalan yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan. Teruskan UMNO. Teruskan! Teruskan ! Teruskan! Biar terus engkau lingkup !

Walaupun Pak Lah dianggap lembik dan bodoh tetapi dalam bodoh ada juga cerdiknya. Dalam sibuk-sibuk orang berkata tentang peralihan kuasa. Pak Lah mengumumkan akan menyerahkan kuasa PM kepada Najib pada tahun 2010. Maknanya 2 tahun lagi. Najib yang berangan-angan dan perangainya ‘play save’ terperangkap dalam kecerdikkan Pak Lah. Pemimpin UMNO diperingkat bahagian jadi serba salah. Nak di tolak Pak Lah tinggal 2 tahun lagi. Nak diterima Pak Lah, rakyat dibawah dah tak tahan lagi. Sebagai jalan tengah terima ajalah cadangan Pak Lah untuk menyerahkan kuasa kepada Najib pada 2010. Ini bermakna cita-cita Ku Li akan musnah. Lagi pun Pak Lah ada cukup bukti yang Ku Li pernah menghianati UMNO. Pak Lah pun khianat juga pada tahun 1987 tapi khianat-khianat Pak Lah. Khianat lagi Ku Li.

Sebenarnya pengumuman Pak Lah untuk menyerah kuasa kepada Najib hanyalah helah sahaja. Pak Lah tahu umur politik Najib sudah berada dihujung usia. Pak Lah akan godak isu Altantuya, Najib akan jadi rimas. Pendedahkan Raja Petra yang melibatkan Rosmah Mansur dalam pembunuhan Altantuya adalah pukulan maut kepada Najib. Silap-silap belum sampai 2010, Najib sudah berada di penjara. Masa tu Pak Lah dengan perasaan sebak menemui wartawan. ” Saya sangat sedih denga peristiwa yang berlaku, saya ingatkan Najib boleh menjadi penganti saya tetapi malagnya beliau telah terpenjara. Oleh itu saya mengumumkan peralihan kuasa kepada diri saya sendiri Pak Lah Badawi. Kah! Kah! Kah! Kah! ”

Hakikatnya Pak Lah cukup berkuasa dalam UMNO sebab disokong oleh pembodek-pembodek tetapi rakyat benci dengan UMNO. Pak Lah berkuasa dalam UMNO sebab pemimpin bahagian menjadi bacol. Pak Lah berkuasa dalam UMNO sebab pemimpin bahagian mementingkan kuasa, pangkat, pengaruh dan jawatan. Inilah hakikat hodohnya UMNO. Rakyat terbanyak tidak terikat dengan UMNO. Malah sebahagian rakyat yang pernah ditekan, dinafikan hak, dihina, di pindah kerja, di pecat dan dibunuh semasa UMNO kuat dulu menanti masa untuk memijak UMNO. Cuba kita bayangkan anak tahanan ISA yang dipisahkan oleh Pak Lah dan UMNO daripada ayah-ayah mereka. Cuba kita beri gambar Pak Lah kepada mereka. Apa agaknya mereka buat dengan gambar Pak Lah. Cuba kita bayangkan apa agaknya yang anak-anak mangsa kekejaman di Memali buat apabila gambar Pak Lah dan Tun Dr Mahathir diberi kepada mereka. Kalau tak pijak tentu mereka bakar.

Rakyat sudah tak tahan dengan kerajaan yang memerintah. Mereka akan buktikan di Permatang Pauh. Anwar akan menang mudah di Permatang Pauh. Kalau ada seorang ADUN UMNO di Johor meninggal dunia, belum tentu UMNO akan menang di Johor. Apatah lagi di Permatang Pauh yang terletak dalam wilayah negeri Pakatan Rakyat. UMNO sebagai pembangkang di Pulau Pinang akan tersungkur di sana. Insya-Allah.

0 comments: