Monday, May 17, 2010

Peraturan & Perlaksanaan Undi Pos Lemah

Seperti yang saya tegaskan sejak PRK Bagan Pinang peraturan undi pos dan perlaksanaanya adalah terlalu lemah dan mudah untuk di manipulasi. Dibawah ini saya nyatakan beberapa perkara sebagai bukti kepada pandangan saya ini.


1. Petugas SPR sebagai pengundi Pos

SPR boleh mengiktiraf petugasnya sebagai pengundi pos. Penolong Pengurus Pilihanraya (PPP) boleh menerima permohonan petugas sehingga ke saat akhir pengundian. Tiada limit tarikh ditetapkan. Oleh kerana SPR tiada sistem online terhadap data pemilih di pusat-pusat pengundian maka petugas SPR sebenarnya boleh mengundi dua kali. Satu sebagai pengundi pos dan keduanya sebagai pengundi awam. Setakat ini SPR tiada sistem untuk menghalang mereka untuk mengundi sebanyak dua kali. Yang ada hanyalah pemantauan ejen parti yang bertanding sahaja. Jika ejen ini lemah maka petugas SPR mempunyai ruang untuk mengundi dua kali.

2. Petugas SPR membawa balik kertas undi

Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini lebih daripada 200 orang petugas SPR membawa balik kertas undi. Apakah tujuannya ? Bukankah membawa balik kertas undi akan membawa kepada penjualan kertas undi kepada pihak luar. Team undi pos di Sibu dapat mengesan beberapa individu yang disyakki menjadi ejen membeli kertas-kertas undi ini. Maka pemantauan terhadap beberapa inidividu ini telah dilakukan. Al-hamdulillah berjaya.

Team Undi Pos Sibu telah dapat mengambil gambar beberapa pengundi pos kononnya petugas SPR tetapi gayanya semacam penjual VCD dan semacam pelajar sekolah . Mereka ada yang telah mengundi dan ada yang cuba mengundi tetapi gagal. Suatu insiden telah berlaku dimana 3 orang pemuda cina berumur dari 15 hingga 25 tahun cuba untuk mengundi. Team Undi Pos telah meminta kad pengenalan tetapi mereka memberi alasan kad pengenalan berada dalam kereta. PPP telah meminta mereka mengambilnya. Sehingga tempoh pengundian di tutup tiga orang pengundi ini tidak muncul-muncul.

Insiden kedua team undi pos telah bertanya kepada pengundi pos apakah mereka petugas SPR. Jawapnya beliau adalah seorang wayar man dan bukan petugas SPR. Persoalannya bagaimana mereka boleh dapat kertas undi ini dan bagaimana mereka seolah-olahnya menjadi wakil kepada petugas SPR untuk mengundi.

Team undi pos menyedari semacam adanya sindekit membeli kertas undi ini. Maka kawalan ketat telah dibuat. Kenyataan media telah di buat oleh DEPSI. Terdapat 190 daripada 290 tidak kembali. Dari jumlah tersebut terdapat 179 kertas undi adalah milik petugas SPR yang berjaya disekat masuk ke karung undi kerana disyaki telah dijual kepada sendiket. SPR harus dipersoal mengapa petugasnya sendiri gagal menghantar 61.72 % dalam PRK Sibu. Sebagai petugas SPR mereka harus bertanggungjawab terhadap kertas undi mereka. Kemana 61.72% kertas undi pos petugas hilang. Sila jawab SPR.

3. Petugas SPR bukan sebagai pemilih

Terdapat seorang petugas SPR bernama Justin Leo B. Lewis No Kad Pengenalan 540131-13-5063 telah didaftarkan sebagai pengundi pos tetapi beliau sebenarnya bukanlah seorang pemilih yang sah. Bagaimana seorang pemilih yang tidak sah boleh diterima sebagai pengundi pos petugas SPR. Mengikut prosesnya mereka memohon kepada SPR untuk menjadi pengundi pos. Permohonan beliau ini diluluskan sedangkan beliau bukan pemilih. Atas asas apa SPR meluluskan beliau sebagai pengundi pos? Saya minta SPR jawab perkara ini.

4. Undi yang berlebihan mengikut kod

Terdapat 3 kod yang mempunyai undi yang lebih dibandingkan dengan undi yang telah dikeluarkan :

Kod 708(Unit Udara PDRM). Undi dikeluarkan 6 tetapi undi yang diterima 24

Kod 429 (Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 160 tetapi undi yang diterima 161

Kod 431(Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 47 tetapi undi yang diterima 55

Undi yang diterima mestilah kurang atau sama dengan undi semasa dikeluarkan. Jika undi yang diterima lebih maka ada sesuatu yang tidak kena. Bantahan telah dibuat oleh team undi pos tetapi SPR tidak melayannya atas alasan bahawa kod ini diwujudkan untuk panduan kepada petugas sahaja. Saya minta SPR jawab isu ini, kenapa kertas undi tersebut berlebihan? Adakah sesuatu telah berlaku?

5. 1040 undi Tentera dan Polis Tampa Kawalan Ejen PR

Terdapat 1040 undi tentera dan polis tidak dapat dikawal oleh ejen PR. Ini kerana mereka berada di luar Sibu. Jabatan Rekod dan Pencen tentera kononnya telah menghantar kepada pihak terbabit. Apakah yang berlaku semasa penghantaran tersebut. Apa jaminan tiadanya penyelewengan telah berlaku.

6. Saksi Tentera Meragukan

Terdapat beberapa pegawai tentera yang mempunyai tandatangan berbeza dalam borang 2. Bagaimana seorang saksi yang sama mempunyai tandatangan yang berbeza. Ini sesuatu kemuskilan yang perlu dijawab oleh angkatan tentera Malaysia (ATM). Jika tandatangan pegawai pun boleh menjadi kemuskilan, rakyat kuatir ATM tidak dihormati rakyat suatu masa nanti.

7. Kempen Dalam Kem Tentera

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan memasukki Kem di Sibu. Terdapat dua Kem di Sibu Oya Batu 14 dan Kem Rescom Batu 10. PM telah dapat bertemu dengan anggota tentera di sana. Atas nama Perdana Menteri beliau telah berkempen dengan anggota tentera. Calon PR tidak dapat peluang tersebut. Minta SPR beri jawapan kenapa insiden Bagan Pinan berlaku semula di Sibu? Pemimpin BN boleh masuk Kem tetapi calon PR tidak boleh masuk Kem.

8. Terdapat Sampul B Tidak Berkod.

Dalam kumpulan 7 Undi Pos yang saya sendiri menjadi ejennya, terdapat lebih 50 sampul B yang tidak berkod. Saya perhatikan mereka terdiri daripada petugas SPR dan pihak polis. Mengapa SPR tidak meletakkan kod sedangkan mengikut panduan yang telah diberikan oleh SPR sendiri sampul B mestilah diletakkan kod. SPR memberi alasan kod bukan alasan untuk menolak undi pos. Jika kod tidak penting untuk mempastikan keselamatan undi pos mengapa buku panduan undi pos meletakkan kod sebagai perkara yang penting ? Bukankah ini mekanima untuk mengelakkan penipuan?

Sunday, May 16, 2010

Undi Pos : Senjata Makan Tuan Kepada BN




Sejak daripada pilihanraya Kecil Bagan Pinang team undi pos telah dibentuk oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat & petugas, ruang-ruang manipulasi yang berlaku didalam undi pos. Maka kami bergerak daripada Bagan Pinang, Hulu Selangor dan terakhir di Sibu Serawak.

Bukan mudah mengendalikan undi pos. Ia terlalu teknikal untuk difahami. Memakan masa dan tenaga yang banyak. Undang-undang undi pos terlalu banyak ruang manipulasi. Maka kami turun di Sibu dengan niat untuk mengurangkan risiko manipulasi yang ada pada undi pos sambil memberi kefahaman kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat khususnya DAP. Di Bagan Pinang Pemuda PAS terlibat, di Hulu Selangor team PKR Kuantan dan di Sibu tiba masanya DAP. Semua bangsa, agama dan komponen PR terlibat dalam team undi pos Sibu termasuk isteri calon Puan Irin.

Keputusan PRK Sibu adalah :

PR 18,845 undi
BN 18,447 undi
Bebas 232 undi

Mejoriti 398

Undi pos pula :

Undi pos yang dikeluarkan 2,827
Undi pos yang dikembalikan 2,637
BN telah memperolehi 2,323
PR telah memperolehi 70 undi
Bebas memperolehi 36 undi

BN telah menguasai 82.17% undi pos. PR hanya memperolehi 2.47%. Jika tampa undi pos(undi awam) PR akan menang 18,775 dan BN memperolehi 16,124 orang. Mejoriti PR tampa undi pos adalah 2,651. Tetapi dengan kewujudan undi pos PR menang tipis 398.


Sepanjang 6 hari bertugas dlm team undi pos kami berjaya :

1. Menolak 208 undi pos kerana sebab-sebab teknikal.
2. Mengekang 190 undi pos dari kalangan petugas SPR

Usaha ini membuahkan hasil penolakkan sebanyak 398.

Kejayaan manis team ini adalah DAP daripada PR berjaya dengan mejoriti yang sama iaitu 398. Ini bermaksud jika team undi pos berkeuzuran di Sibu mungkin keputusannya adalah seri 18,845 dengan mejoriti 0. Saya percaya mejoriti pelik seumpama ini akan berpihak kepada BN.

Saya berpendapat angka 398 buka suatu kebetulan. Ia adalah suatu petunjuk daripada Allah kepada masyarakat Malaysia betapa undi pos perlu diberi perhatian untuk di tolak dalam pilihanraya akan datang dan ditukar dengan sistem yang lebih telus. Selama ini undi poslah yang menyelamatkan BN. Tetapi di Sibu talian hayat ini walaupun mendapat 82.17% undi pos menyokong BN tetapi kekangan team undi pos berjaya mengagalkan usaha mereka. Undi pos sudah menjadi senjata makan tuan kepada BN di Sibu.

Walaubagaimana pun saya tetap bertegas menang atau kalah PR, undi pos tetap mempunyai ruang yang luas untuk dimanipulasi. Undi pos mesti di ubah.

Itulah hadiah buat team undi POS. Tahniah kepada Sdr. Mohzaid, Jesopin, Irin, Hatta, Zaidi, rakan-rakan DAP dan ramai lagi. Tahniah kepada semua. Terima Kasih

Budak Sekolah Menyamar Pengundi POS

















Gambar di atas menunjukkan bahawa budak sekolah ini menyamar sebagai pengundi pos

Wahai rakyat Malaysia Sekalian!

Sila perhatikan elok-elok wahai rakyat Malaysia, budak sekolah boleh menyamar menjadi petugas SPR dan mengundi sebagai pengundi pos di Sibu. Team undi POS telah dapat mengambil gambar mereka. Fikirkanlah manipulasi ini berlaku.

Walaubagaimana pun mengikut undang-undang undi pos SPR Malaysia, budak sekolah ini dibenar untuk menjadi wakil kepada pengundi pos. Rakyat Malaysia jangan terperanjat. Itulah yang saya katakan undang-undang undi pos terlalu longgar sehingga budak sekolah pun boleh jadi wakil mengundi.

Friday, May 14, 2010

224 kertas undi pos dlm bahaya

Setakat jam 7 mlm 14-5-2010 terdapat 224 dpd 284 kertas undi telah di bawa pulang dan belum di kembalikan semula oleh petugas sementara SPR. Persoalannya mengapa mereka membawa pulang dan tidak dimasukkan dalam karung SPR? Apabila mereka membawa pulang kertas undi tersebut maka kertas undi tersebut terdedah kepada penyelewengan contohnya penjualan kertas undi, rasuah dan sebagainya.

Walaubagaimanapun perbuatan membawa pulang kertas undi oleh petugas SPR bukanlah suatu kesalahan dalam undang-uandang pilihanraya kerana itulah konsep undi pos sebenar yang telah dilaksanakan sejak negara kita merdeka. Ini membawa maksud bahawa undang-undang undi pos adalah terlalu lemah dimana terdapat ruang manipulasi yang terlalu besar.

Sebelum ini saya telah mendedahkan sebanyak 1040 undi tentera dan polis yang berada di luar Sibu tidak dapat dikawal oleh agen pengundian pos DAP. Kertas undi ini akan dihantar kepada anggota terbabit tampa kawalan daripada agen pengundian pos DAP. Walaubagaimana pun penghantaran kertas undi tersebut adalah dalam lingkungan undang-undang yang dibenarkan oleh SPR. Apabila tiada agen yang mengawal maka ruang manipulasi sangat luas terbuka.

Jika seseorg petugas SPR mendaftar sebagai pengundi pos, mereka boleh mengundi sebagai pengundi awam. Ruang ini berlaku kerana SPR tiada sistem yang boleh menghalang mereka mengundi dua kali.

Itulah yang saya tegaskan sejak daripada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Hulu Selangor dan sekarang Sibu pengendalian undi pos adalah terdedah kepada manipulasi. Samaada menang atau kalah pilihanraya undi pos tetap mempunyai ruang manipulasi yang sangat besar. Oleh itu saya mendesak agar undi pos dimansuhkan dan diganti dengan mekanisma yang lebih telus.

Monday, May 10, 2010

MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS NEGERI JOHOR

MEMORANDUM KEPADA
KETUA POLIS NEGERI JOHOR

Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Sharif,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor,
Polis Diraja Malaysia
80990 Jalan Tebrau,
Johor Bahru,
Johor

ISNIN 10 MEI 2010


Pada hari Jumaat 7hb Mei 2010 Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh datang berceramah di Markaz PAS Cawangan Taman Dahlia pada jam 9.45 malam. Mulai jam 7.00 malam kawasan Taman Dahlia, Tampoi telah dikepong dengan 5 sekatan jalanraya (road block) serta ratusan anggota polis daripada Balai Polis Johor Bahru Utara. Kesannya adalah :

 Kesesakan lalulintas di dalam Taman Dahlia dan sekitarnya.
 Ketidakselesaan penduduk sekitar Taman Dahlia.
 Memberi tekanan psikologi kepada penduduk yang ingin datang mendengar ceramah.

Setelah selesai ceramah di Taman Dahlia pihak polis telah menahan kumpulan kenderaan yang membawa Dato Seri Anwar dengan alasan menggunakan lampu veacon. Bentuk penahanan ini adalah seperti penahanan seorang penjenayah besar sedangkan ia adalah kesalahan jalanraya jika pun dibuktikan bersalah. Setelah gagal membuktikannya maka pihak polis telah melepaskan begitu sahaja. Halangan ini telah memakan masa 15 minit dan tentunya melambatkan perjalanan kumpulan ini ke ceramah seterusnya di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong.

Setelah sampai di kawasan ceramah di Taman Saujana terdapat beberapa provokasi yang boleh menjadi punca pergaduhan seperti :

 Terdapat sekumpulan anak muda berpakaian UMNO membuat bising dengan kata-kata yang kesat seolah-olah mahu membuat provokasi.

 Terdapat bunga api yang telah dibaling di tengah kawasan ceramah.

 Terdapat banner yang menyatakan Dato Seri Anwar adalah penghianat negara

Malangnya provokasi ini tidak langsung dihalang oleh pihak polis.

Berdasarkan kepada peristiwa yang telah berlaku maka pemuda Pakatan Rakyat berpendapat bahawa :

 Pihak polis telah cuba menghalang rakyat untuk hadir ke Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Markaz PAS Taman Dahlia, Tampoi.

 Pihak polis telah mendedahkan dirinya kepada persepsi yang salah dikalangan rakyat.

 Pihak polis telah gagal menghalang provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

 Pihak polis telah menurunkan anggotanya yang terlalu ramai semasa ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia.


Justeru Pemuda Pakatan Rakyat mendesak pihak polis melaksankan tindakan berikut:

 Bertindak secara profesional dalam semua perkara khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat.

 Mengelakkan pembaziran wang rakyat dengan menurunkan anggota polis yang terlalu ramai untuk melaksanakan sesuatu yang tidak perlu. Tenaga ini harus ditumpukan kepada perkara yang sangat diperlukan oleh rakyat khususnya mengekang jenayah di Johor Bahru.

 Memberikan cadangan kepada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan untuk membenarkan semua pihak menggunakan dewan-dewan orang ramai milik kerajaan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, dialog dan lain-lain anjuran parti pembangkang.


Yang Benar



------------------------
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
KETUA DEWAN PEMUDA PAS JOHOR



-----------------------
MOHAMAD NAZRI BIN ISMAIL
NAIB 1 KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR



----------------------
TAN HONG PIN
KETUA PEMUDA DAP NEGERI JOHOR

s.k : - Ketua Polis Negara
- SUHAKAM
- Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Saturday, April 3, 2010

Isteri Ketua Cawangan UMNO Ugut Bogelkan Wanita

Malam ini saya mendapat laporan daripada seorang wanita berusia awal 40 an bersama suaminya. Wanita ini telah didatangi oleh isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya dan cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya. Secara tiba-tiba anak jiran wanita ini keluar dan isteri ketua Cawangan UMNO telah memberhentikan pelakuan sumbangnya itu. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah melemparkan kata-kata kesat kepada wanita ini seperti babi, sial, baliklah Kelantan dan lain-lain. Sebelum beredar isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah mengugut akan membogelkan semula wanita ini dihadapan orang ramai jika mereka bertemu lagi. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini jugak mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini.

Kesannya wanita ini dalam keadaan yang malu, geram dan benci. Hatinya sentiasa diruntun kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini. Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku usaha untuk membogelkannya. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah jenayah berlaku.

Tindakan mengugut ini dilakukan adalah berikutan perasaan tidak puas hati isteri Ketua Cawangan UMNO yang telah melihat wanita ini mentertawakan perobohan warong suaminya oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah baru-baru ini. Semasa kejadian perobohan itu wanita ini kebetulannya berada dihadapan warong tersebut. Apabila warong ini roboh maka terdapat sorakkan berlaku dan wanita ini kononnya telah mentertawakan warong yang telah roboh itu.

Semua rakaman perbualan & gambar ada dlm disimpanan. Tunggu masa untuk dikeluarkan sahaja.

Thursday, April 1, 2010

Perjuangan Setinggan Kempas Adalah Perjuangan Rakyat
















Oleh : Suhaizan Kayat

Pada 24hb Mac 2010 mencatatkan peritiwa yang sangat menyayatkan hati bagi penduduk Kg Denai Pinggiran Kempas. Rumah mereka telah dirobohkan didepan mata mereka tanpa belas kasihan. Pegawai Pejabat Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) tidak mempertimbangkan langsung permohonan mereka untuk menanguhkan perobohan walaupun sehari diperingkat awalnya. Bukan sahaja rumah rakyat biasa malah kedai minum Ketua Cawangan UMNO juga musnah menyembah bumi dilanyak jentolak. Saya sangat simpati melihat kemusnahan yang berlaku. Malangnya ada bebarapa tulisan yang telah cuba memburuk-burukan penduduk yang tinggal di sana. Suka untuk saya menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan iaitu pertamanya menjadikan murid sekolah sebagai perisai, keduanya isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah disedikan oleh pihak kerajaan, ketiganya saguhati dan keempatnya PAS mengambil kesempatan menjadi batu api.

Sebenarnya saya diminta oleh penduduk yang tidak mahu berpindah untuk memperjuangkan nasib mereka. Apabila saya berjumpa mereka dan bertanya apakah yang mereka mahu. Mereka menjawab kami sudah tinggal lebih 20 tahun. Bagaimana penduduk di Kg Berembang, Selangor dan Kg Buah Pala di Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat boleh memperolehi saguhati tetapi mereka tidak memperolehi walaupun sesen. Begitu juga rakan-rakan mereka di Parlimen Johor Baharu iaitu Kg Desa Melayu Belantik, Kg. Hajah Hasnah, Kg. Tok Siak, Kg Bakar Batu, Kg Desa Melayu, Kg Melayu dan lain-lain. Mereka dapat saguhati sebanyak RM 15 ribu bagi sebuah rumah. Rakan-rakan mereka di Kg Gudang, Beras, Kempas dapat RM10 Ribu setiap keluarga. Akhirnya mereka menuntut saguhati kerajaan sebanyak RM30 ribu. Perjuangan ini melibatkan 3 buah kampung iaitu Kg Denai Pinggiran, Kg Sri Rahmat 1 dan Kg Sri Rahmat 2. Mereka yang bersama-sama berjuang bersama saya lebih daripada 200 keluarga.

Pada masa yang sama saya tidak membantah mereka yang mahu berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai. Dalam pertemuan-pertemuan yang saya adakan tidak pernah saya membantah perpindahan mereka ke PPR. Pandangan ini pernah saya suarakan kepada En Zamri – Badan Pengurusan (MC) Naung Seribu Sdn. Bhd, badan yang menguruskan PPR Kempas Permai. Cuma ingatan saya kepada mereka walaupun mereka berpindah tetapi perjuangan terhadap saguhati kerajaan mesti diteruskan. Adalah tidak benar yang menyatakan bahawa saya menjadi batu api untuk mereka yang tidak mahu berpindah. Saya akan membantu samaada mereka berpindah atau tidak berpindah kedua-dua nasibnya saya perjuangkan. Saya tak nampak bagaimana sifat membantu ini diterjemahkan sebagai batu api.

Ada yang menyatakan bahawa penduduk telah tinggal secara percuma selama lebih 20 tahun kemudian kerajaan mahu mengambilnya kenapa minta saguhati pula dengan pihak kerajaan. Suka saya gambarkan di sini. Kempas sekarang bukan seperti dahulu. Asalnya kawasan ini adalah hutan belantara. Penduduk disinilah yang meneroka. Mereka tinggal disini sambil memberi tenaga buruh yang murah kepada pembangunan negara. Maknanya tampa bantuan penduduk setinggan sekitar Johor Baharu maka pembangunan sekitar Johor Baharu tidak serancak sekarang. Selain itu setiap kali pilihanraya tangan merekalah yang mengekalkan Barisan Nasional berada di daerah Johor Baharu. Mereka bukan sekadar memangkah BN tetapi menjadi petugas BN yang sangat komited. Adalah perkara biasa untuk mendengar luahan rasa mereka kepada saya “ Dulu sayalah yang tentang En. Suhaizan, tapi sekarang tidak”, “Saya minta maaf pada En Suhaizan sebab sayalah yang menghalang isteri saya mengundi PAS, sehingga isteri saya menangis”, “Dulu saya pangkah BN sebab saya tak kenal En Suhaizan lagi”. Begitulah mereka meluahkan perasaannya semasa mengenangkan zaman lampau mereka. Malangnya jasa mereka kepada pembangunan negeri dan kepada Barisan Nasional (BN) telah dilupai oleh pemimpin UMNO atasan.

Ada yang berpandangan bahawa PAS hanya mengambil kesempatan sahaja dengan memperjuangkan sebahagian kecil penduduk sahaja. Menakala sebahagian besar lagi telah berpindah tampa meminta saguhati pihak kerajaan. Suka saya nyatakan bahawa saya tidak menghalang mereka untuk berpindah atau tidak berpindah. Itu hak mereka. Peranan saya membantu kedua-duanya. Bilangan kecil mahu pun besar bukan isunya. Isunya alah saguhati pihak kerajaan. Walaupun mereka telah berpindah tetapi sokongan terhadap saguhati kerajaan tetap sama diperjuangkan. Saguhati ini boleh ditafsirkan dengan pelbagai. UMNO Cawangan Permai memperjuangkan sewa percuma 2 tahun, kenderaan perpindahan percuma, deposit percuma dan lain-lain. Ketua Cawangan UMNO Permai Sdr Ibrahim konsisten sehingga sekarang terhadap tuntutan tersebut. Raja Sulaiman Ketua Cawangan UMNO Denai Pinggiran pun boleh bersetuju dengan saya berkenaan saguhati kerajaan walaupun mungkin beliau tidak setuju penglibatan PAS. Penduduk Flat Seroja minta duit saguhati perpindahan sebanyak RM2,000. PAS memperjuangkan saguhati RM30 ribu. Apa-apa pun PAS akan minta lebih sikit, biarlah UMNO minta kurang sikit. Itu adalah art of demand. Maksudnya UMNO dan PAS Kedua-duanya tuntut saguhati. Saya tak faham bagaimana pemuda UMNO Pulai boleh berkata tidak wajar minta saguhati sedangkan cawangan UMNO pun minta saguhati daripada kerajaan. Malah ada pemimpin UMNO Cawangan disebelah perkampungan Sawa minta tanah pula. Dokumen yang dihantar oleh UMNO Cawangan kepada Menteri Besar ada pada saya. Ini lagi hebat.

Ada yang menyatakan bahawa Kes saguhati di Perlimen Johor Baharu adalah melibatkan duit pemaju atau pihak swasta. Maka pihak swastalah yang membayar saguhati kepada penduduk. Kepada mereka kerajaan tidak mampu membayar seperti pihak swasta. Jawapan saya mudah, jika pihak swasta boleh beri saguhati tetapi pihak kerajaan tidak boleh beri. Lebih baik lantik kerajaan swasta sahaja. Kerajaan ini dilantik untuk menjaga kepentingan rakyat. Bukan semua penduduk kita perlu beri saguhati. Kepada saya mereka yang benar-benar peneroka kampung perlu diberi saguhati. Yang lain-lain mungkin hanya diberi saguhati perpindahan sahaja. Kriteria ini kerajaan boleh fikirkan kemudian bergantung kepada budget yang ada. Rakyat Malaysia rela memberi pembelaan kepada yang memerlukan. Yang Rakyat Malaysia marah adalah apabila duit rakyat digunakan untuk pembaziran seperti bill out projek kroni, buat projek stadium runtuh, buat kapal selam tak boleh menyelam atau beli jet yang telah dilarikan ke Uruguay.

Ada pemimpin pemuda UMNO Pulai berkata UMNO lebih berjasa kerana telah terlebih dahulu memindahkan penduduk ke PPR Kempas Permai yang kononnya jauh lebih selesa. PAS tidak pernah mempertikaikan usaha UMNO untuk memindahkan penduduk. Silakan. Malah saya juga mengusahakan perpindahan penduduk yang memerlukan rumah PPR. Itu usaha masing-masing sebagai sebuah parti politik. Cuma PAS telah berusaha mendesak kerajaan agar menukar status rumah daripada sewa kepada sewa beli bagi penduduk yang berkelayakkan. Bagi mereka yang tidak berkelayakkan maka bolehlah terus menyewa. Malah atas desakkan PAS dalam Dewan Undangan Negeri Johor dan media telah menyebabkan proses pengeluaran CF Bangunan Blok A,B dan C dipercepatkan. Jika tidak mungkin CF blok A,B dan C belum lagi dikeluarkan.

Ada yang menuduh penduduk menggunakan perisai kanak-kanak untuk mempertahankan rumah penduduk. Suka saya jelaskan bahawa kanak-kanak ini adalah anak-anak penduduk. Apabila jentolak, polis, FRU dan lain-lain lagi berada di rumah mereka. Apa yang mereka mahu buat? Tak kan nak tidur di rumah. Atau pergi main bola di padang. Atau macam sesetengah pemuda UMNO pergi main golf. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada mereka. Maka tanpa disuruh mereka bingkas bangun mempertahankan rumah mereka. Anak-anak ini menangis depan penguatkuasa. Ada anggota polis yang turut sebak melihat suasana ini. Saya dan rakan-rakan pergi berunding. Akhirnya Alhamdulillah rumah mereka dapat diselamatkan apabila pihak penguatkuasa memberi tempoh 3 hari untuk mereka mengosongkan rumah mereka. Secara peribadi saya berpendapat bahawa kejayaan rundingan ini adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu doa penduduk, suasana pilu dengan tangisan kanak-kanak dan tekanan daripada pihak polis yang mahu segera balik kerana ada tugas-tugas lain. Maksudnya tangisan kanak-kanak inilah yang telah menyelamatkan rumah mereka. Mereka bertahan dengan tangisan juga mugkin disebabkan pemuda UMNO Pulai tidak turun membantu mereka.

Sebenarnya masalah utama di Kempas adalah perbalahan pimpinan UMNO Pulai. Dato Osman Sapian ADUN Kempas dan Dato Nurjazlan Tan Sri Mohammad, Ahli Parlimen Pulai bercakaran antara satu sama lain macam kucing dan anjing. Dalam program-program rakyat dimana ada Dato Osman maka tiadalah Dato’ Nurjazlan. Ia bermula apabila Dato Osman mencabar Dato Nurjazlan bertanding kerusi Ketua Bahagian UMNO Pulai. Menariknya kedua-duanya bercakaran antara satu sama lain dan ianya disampaikan kepada saya oleh salah satu dari keduanya. Pernah terjadi semasa Dato’ Osman sakit dihospital di Kuala Lumpur, beliau kutuk Dato Nurjazlan rapat ke dinding. Dalam masa yang lain apabila saya bertemu Dato Nurjazlan beliau pula kutuk Dato Osman depan saya. Saya kadang-kadang macam nak jadi orang tengah mengatasi perbalahan mereka. Walaupun saya daripada PAS tetapi pada saya, perbalahan ini merugikan rakyat. Saya tetap baik dengan mereka berdua. Malah saya hormat kepada mereka kerana mereka lebih senior daripada saya. Jika mereka berdua dalam kesusahan saya akan hubungi mereka. Hubungan peribadi tidak harus dipisahkan dengan politik. Itulah prinsif saya. Perbalahan ini menyebabkan UMNO diperingkat bawahan bercelaru. Pengabaian pimpinan UMNO diperingkat bahagian telah menyebabkan rakyat tidak dapat dibela. Lalu mereka mencari saya sebagai altenatif. Malangnya saya difitnah sebagai batu api, cuba mengambil kesempatan, pemecah belah masyarakat dan macam-macam lagi. Itulah politik Malaysia.