Monday, June 22, 2009

UMNO KELANTAN TAK RETI BAHASA

Semalam Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustafa Muhammad mempelawa Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat mengadakan pertemuan untuk membincangkan isu Kerajaan Perpaduan. Dalam masa yang sama jentera UMNO di Manik Urai sedang berkempen untuk memenangkan calon mereka menewaskan calon PAS di sana.

Satu negara telah tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menentang Kerajaan Perpaduan yang di dalamnya terdapat UMNO. UMNO adalah perosak kepada segala pakatan. UMNO Kelantan tak reti bahasa. Mereka ingat PAS ni budak-budak yang boleh digula-gulakan dengan isu perpaduan. Tengku Razaleigh dalam Parti Semangat 46 bolehlah mereka gula-gulakan dengan isu perpaduan. Tapi PAS bukan seperti Semangat 46. Penerimaan PAS terhadap UMNO dalam Kerajaan Perpaduan akan memecahbelahkan PAS. PAS tidak akan buang air dalam tempayan apabila lihat mendung di langit. Hujan belum tentu turun, air ditempayan tidak perlu dibuang.

Masa UMNO tengah gagah dulu semua orang dilanggarnya. Ada pemimpin mereka mahu sifar pembangkang. Projek dan peruntukan kerajaan Kelantan dan Terengganu di bawah PAS disekat. Bayangkan punyalah khianatnya UMNO tak mahu Kerajaan Kelantan dapat manfaat daripada hasil petroleum di perairan Kelantan, mereka gunakan laluan yang jauh di Songkhla, Thailand untuk menyedut hasil petroleum negara. Padahal laluan daripada negeri Kelantan hanya pada jarak 100km dibandingkan melalui Songkhla sejauh 278 KM. UMNO lebih percaya kerajaan Thailand yang membunuh umat Islam di Pattani dibandingkan dengan rakyat Malaysia di Kelantan. Itulah taraf UMNO yang kononnya nak membina Kerajaan Perpaduan dengan PAS.

UMNO pernah menggila apabila buat pertama kalinya mereka dihina oleh rakyat dalam pilihanraya tahun 1999. Kuasa yang dimiliki mereka gunakan untuk menekan pembangkang. Ahli dan pemimpin PAS telah ditekan, disiksa dan dihina. Tiba-tiba bila UMNO dah nak nazak, mereka nak berpadu dengan PAS atas nama perpaduan. Gila betul !!!

Gelagat UMNO Kelantan ni macam orang mabuk nak kahwin anak gadis cantik. Baru dengar angin-angin aja UMNO dah nak hantar pinangan. Pada hal dia tahu bapak gadis ni nemang tak suka benar dengan dia. Kalau UMNO hantar pinangan juga maka nampak benarlah UMNO TAK RETI BAHASA. Malulah sikit UMNO. Tengok cermin dulu beb!

Walaubagaimana buruk pun UMNO mereka masih ada ruang untuk bertaubat. Pintu taubat kepada Allah senantiasa terbuka. Mereka masih lagi boleh memohon ampun daripada Allah. Kembali kepada Islam. Hidup cara Islam. Tukar Perlembagaan Negara kepada Islam, tukar daripada negara sekular kepada negara Islam. Beri faham kepada MCA dan MIC kebaikan Islam. Laksanakan hukum Islam. Barulah boleh buka isu Kerajaan Perpaduan. Tapi jangan jadi taubat makan lada. Bila pedas bertaubat tak mahu makan lada. Bila dah hilang pedas sepinggan lemak cili api dia belasah.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ISLAM. Islam itu selamat, Islam itu perpaduan.

0 comments: