Tuesday, February 3, 2009

TURUNKAN NAJIB DARIPADA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI & TIMBALAN PRESIDEN UMNO




Bagi membersihkan nama baik UMNO yang telah memerintah negara ini lebih 50 tahun maka sewajarnyalah Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO diheret di Lembaga Displin UMNO kerana telah didakwa menawarkan RM50 juta kepada Ketua PKR Ipoh Fauzi Muda bagi tujuan mempengaruhi dua orang pimpinan PKR Jamaluddin Mohd Radzi(Adun Behrang) dan Osman Mohd Jailu (Adun Changkat Jering) melompat ke dalam UMNO. Ini merupakan tuduhan yang amat berat bagi seorang yang telah menang tampa bertanding sebagai Presiden UMNO yang juga bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan parti dan kerajaan yang memerintah mestilah bertindak membersihkan nama baik parti mereka. Jika UMNO tidak berjaya membersihkan namanya daripada pemimpin yang paling konterversi ini maka ini suatu pertanda buruk kehancuran UMNO menjelang pilihanraya ke-13. Najib pernah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Saribu apabila Raja Petra Kamaruddin mendakwa interinya Datin Seri Rosmah Mansur berada ditempat kejadian semasa mayat Altantuya diletupkan menggunakan bom C4 yang hanya boleh diperolehi dalam ATM dan PDRM sahaja. Pendedahan beberapa komisen yang diperolehi daripada pembelian kapal terbang Shukoi terus menjerut Najib. Isu-isu ini telah menjadikan Najib bakal Perdana Menteri paling konterversi dalam sejarah negara ini.

Rakyat tidak mahu negara ini terdedah kepada resiko kehancuran akibat dipimpin oleh orang yang tidak bermoral. Jika sebelum menjadi Perdana Menteri dengan limitasi kuasa yang ada pun Najib sudah terlibat dengan pelbagai isu kontervesi, bayangkan bagaimana Najib ingin mengekalkan imej baiknya sebagai Perdana Menteri kelak. Tidak mustahil Najib akan menggunakan super power sebagai Perdana Menteri untuk menutup mulut musuh-musuh politiknya. Bukan sahaja ISA akan digunakan malah segala kekuatan kerajaan akan digunakan untuk mempertahankan benang basahnya yang tak kering-kering itu. Oleh itu saya beranggapan Najib adalah pemimpin politik yang paling merbahaya pada masa ini. Menurunkannya daripada tahta Timbalan Perdana Menteri adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia termasuk Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.






Suhaizan Bin Kaiat


Ketua Penerangan


Dewan Pemuda PAS Pusat
















Keratan akhbar berita harian 3-2-09






Pemimpin PKR dakwa Najib tawar RM50 juta

IPOH: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menawarkan wang RM50 juta kepadanya supaya memujuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dari negeri ini melompat ke Barisan Nasional (BN). Ketua PKR Ipoh, Fauzi Muda, berkata Timbalan Perdana Menteri juga mengatakan terpulang kepada beliau mengagihkan jumlah yang difikirkan wajar untuk Adun berkenaan bertukar parti. Katanya, pertemuan dilakukan dalam sebuah bilik di kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 11 Mac tahun lalu, iaitu tiga hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kenyataannya mengenai pertemuan itu dibuat dalam akuan bersumpah dan satu laporan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, cawangan Perak, di sini tengah hari semalam. "Pada 11 Mac 2008, saya dibawa oleh kenalan saya, Sulaiman ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan, tetapi tiba di Tol Jalan Duta, saya dibawa berjumpa tiga lelaki dan salah seorang daripadanya ialah Datuk Zainal Abidin Zin, bekas Timbalan Menteri Pertahanan kepada Najib dulu.




"Di situ, beliau memberitahu tujuan sebenar saya dibawa ialah untuk berbincang dengan Najib atas urusan politik. Saya terus dibawa ke Putrajaya, di kediaman Najib. "Saya dibawa Najib ke bilik khas dan beliau merayu dan meminta saya mengusahakan menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dengan janji dia (Najib) bersedia membayar saya RM50 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat PKR Perak di sini semalam. Fauzi berkata, beliau memaklumkan pertemuan itu kepada kepemimpinan PKR dalam satu mesyuarat parti tahun lalu. Katanya, Najib juga berjanji akan melambat-lambatkan pelantikan Menteri Besar Perak sementara menunggu Adun berkenaan melompat parti. Beliau berkata, usaha memujuk terus dilakukan selepas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Mohd Jailu menghadapi tuduhan rasuah.

1 comments:

Anonymous said...

Boleh percaya ke tuduhan tu? Yang menuduh tu pun orang politik.