Friday, October 30, 2009

Menteri Dalam Negeri Perlu Di Tukar

Perbincangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah mendapati tiada pihak mahu akta itu dimansuhkan kata Datuk Hishmuddin Tun Hussin. Jemputan perbincangan itu adalah wakil daripada :

1. Majlis Peguam
2. Persatuan Peguam Muslim.
3. Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC)
4. Biro Tatanegara (BTN)
5. Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO)
6. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Peliknya Jawatankuasa dan ahli gabungan yang mengadakan demontrasi mansuh ISA di KL tidak pula dijemput tetapi Datuk Hishmuddin kata mejoriti mahu ISA di kekalkan.

Saya memang cukup tak faham dengan Datuk Hishamuddin ni. Adakah dia sedar yang dia tu menteri bukannya JKKK Semberong atau Tenggara. Adakah munasabah puluhan ribu manusia berhimpun di KL tanpa dibayar tetapi dia kata mejoriti tidak mahu ISA dimansuhkan. Mana letaknya rasional Hishamuddin ni?

Saya masih ingat dalam Isu PPSMI yang lalu. Dengan tegas Hishamuddin berkata keputusan Persidangan 6 kali Meja Bulat yang diwakili oleh pendidik, budayawan, pelajar universiti, PIBG dll mendapati bahawa PPSMI perlu diteruskan. Akhirnya GMP(Gerakan Memansuhkan PPSMI) membuat demo ke Istana Negara. Menteri Pelajaran pun ditukar. Tiba-tiba Menteri baru Tan Sri Mahyuddin Yasin kata PPSMI mansuh 2012. Datuk Hishmuddin sengehhh aja.

Bila saya semak rupanya dalam persidangan meja bulat yang dianjurkan oleh Datuk Hisahmuddin tu hanya melibatkan kebanyakkannya orang yang menyokong PPSMI. Kemudian dia kata mejoriti wakil mahu PPSMI diteruskan.

Sekarang Datuk Hishmuddin menggunakan keadah yang sama juga. Dia panggil wakil-wakil yang boleh bersetuju dengan ISA. Yang tak setuju pun jemput juga tapi buat ada-ada aja. Bila buka kepada perbincangan tentulah semua orang menyokong ISA sebab dia panggil orang yang setuju sahaja.

Lemah sungguh Menteri Dalam Negeri ni. Elok ditukar aja dengan orang lain.

'Majoriti mahu ISA' - Datuk Hishmuddin Hussein

'Majoriti mahu ISA'

Draf pindaan ke Parlimen sebelum 15 DisemberPUTRAJAYA: Majoriti maklum balas awam menerusi perbincangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) mendapati tiada pihak mahu akta itu dimansuhkan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebanyakan wakil yang menghadiri perbincangan dengan KDN bersetuju untuk memperjuangkan hak dan suara rakyat tetapi tidak sehingga memansuhkan akta berkenaan.

"Daripada perjumpaan dengan pihak berkepentingan hari ini (semalam), semua sayang kepada negara kita ini. Jika tidak emosi, tanpa pertimbangan sempit atau tidak dipolitikkan, saya rasa ia (ISA) boleh diterima rakyat," katanya selepas menghadiri sesi pertemuan awam mengenai ISA dengan pelbagai pertubuhan kerajaan (NGO) di sini, semalam. Perbincangan itu dihadiri wakil Majlis Peguam, Persatuan Peguam Muslim, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Biro Tatanegara (BTN), Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Hishammuddin sebelum ini dilapor berkata, proses menggubal draf pindaan ISA oleh Jabatan Peguam Negara kini sudah hampir siap sebelum dibentangkan ke Kabinet dan seterusnya bagi bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya 15 Disember ini.

Persidangan Dewan Rakyat dijangka berakhir pada 15 Disember manakala Dewan Negara akan bersidang mulai 9 Disember hingga 22 Disember ini. Hishammuddin berkata, walaupun bacaan kali pertama di Parlimen itu nanti tidak boleh dibahaskan, sekurang-kurangnya ia dapat dibacakan. "Biar orang ramai tahu apa yang kita lakukan ini bukan atas desakan politik atau untuk menggadaikan keselamatan negara. Ini berdasarkan kepada kebimbangan terhadap perkara yang mungkin berlaku," katanya.

Wednesday, October 28, 2009

Setinggan Kempas Kena Marah di pejabat PM

Pada 27hb Oktober 2009 pada jam 4.15pm, saya bersama Sdr. Ramli Ibrahim - Pengerusi J/K Setinggan Kempas dan Syed Othman bin Syed Mohamad - Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas telah berjumpa dengan Dato' Nasir Sipon Pengawai Khas Perdana Menteri. Saya bergitu terkejut sekali apabila Dato Nasir memarahi kami kerana membuat salinan memorandum kepada Dato' Seri Anwar dan YB Lim Kit Siang. Berikut adalah sedutan pertemuan.

Suhaizan Kaiat: Sehubungan itu pihak kami mendesak Y.A.B merealisasikan agenda rakyat ini dengan melunaskan tuntutan-tuntutan kami seperti di bawah :

1. Memohon Y.A.B Perdana Menteri turun ke Kempas untuk mengadakan dialog terbuka dengan seluruh setinggan Kempas tidak kira fahaman politik.
2. Menganugerahkan tanah milik kekal kepada kampung setinggan yang tersusun.
3. Memberikan sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap rumah dan menawarkan rumah sewa-beli atau gantian tanah di tempat lain.
4. Menangguhkan notis Mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru di Kg Denai Pinggiran, Kempas dan dan sekitarnya sehingga tuntutan kami dipenuhi.

Dato' Nasir : Ni yang aku marah ni. Kau nak mintak bantuan kerajaan. Tapi kau serah kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang buat apa?

Suhaizan : Itu cc aja Dato'.

Dato' Nasir : Kenapa kau cc pada dia. Aku tak sedap la macam ni. Kau beri pada pembangkang. Apa yang PKR dan DAP boleh buat?. Kita orang melayu kenapa nak bagi cina untuk bela kita. Aku rasa malu tau.

Suhaizan : Kami daripada NGO Dato'. Kami berhak untuk serah kepada mana-mana pihak.

Dato' Nasir : Ini bukan cakap pasal hak. Aku boleh serah pada PM, aku juga boleh tak serah pada PM

Suhaizan : DAP dan PKR tu parti berdaftar. Apa masalahnya Dato'

Dato' Nasir : Kalau gitu kau teruskan (dengan penuh perasaan tidak puas hati)

....... selepas itu Sdr. Ramli Ibrahim selaku Pengerusi J/K Bertindak Setinggan Kempas cuba membuat rayuan secara lembut kepada Dato' Nasir. Sementara saya cuba mengawal perasaan. Sesekali cuba ketengahkan hujah-hujah mengapa Setinggan Kempas layak mendapat bantuan kerajaan. Walaupun hati rasa tidak puas hati dengan provokasi Dato' Nasir tapi saya mendiamkan diri kerana hari ini saya datang sebagai NGO yang memohon bantuan untuk warga Setinggan Kempas yang dalam kesusahan. Saya bukan datang atas tiket Pemuda PAS Pusat. Kalau ikut kata hati nak aja saya sebut pada Dato' Nasir ..." Kau ingat aku sapa? Kau ingat ini pejabat mak bapa kau?.... tapi mengenangkan setinggan Kempas saya cuba cool down.

Akhirnya...

Dato' Nasir : Lain kali kau jangan buat macam ni. Aku akan turun Kempas dengan segera.

Suhaizan : Terima kasih Dato'

Ramli Ibrahim : Saya mohon maaf Dato'. Lain kali saya tak buat lagi. Jemput Dato' datang tenpat saya.

Laporan Setinggan Kempas Ke Parlimen & Pejabat Perdana Menteri

Pada 27hb Oktober 2009 kira-kira 20 orang warga Setinggan Kempas pergi ke Parlimen dan Jabatan Perdana Menteri untuk menyerahkan Memorandum Setinggan Kempas

11.00 pm - Sampai ke perkarangan Parlimen
11.00 pm - Penyerahan memo ke Datuk Nurjazlan - Ahli Parlimen Pulai
01.00pm - Penyerahan memo ke Tn Guru Haji Abdul Hadi & Dato Seri Anwar Ibrahim
03.00pm - Pertemuan dengan Ust Nasaruddin Hassan Tantawi - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
04.15pm - Pertemuan dengan Dato' Nasir Sipon - Pegawai Khas Perdana Menteri Malaysia

Gambar Setinggan Kempas Ke Parlimen

Gambar Dihadapan Parlimen



Dato Nurjazlan MP Pulai bersama penduduk Setinggan




Bersama YB Salehuddin Ayub



Wak Saadon Baryani Gam(pengiring rombongan) sedang mendaftar











Tuesday, October 27, 2009

MEMORANDUM SETINGGAN KEMPAS KEPADA PERDANA MENTERI

JAWATANKUASA BERTINDAK,
PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS,
NO 39 JALAN DAHLIA 9, TAMAN DAHLIA,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tel Pej : 07-2346997, H/P : 019-7285174, No Fax : 07-5205002


Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia.

Selasa 27hb Oktober 2009

Assalamualaikum Wrh, Wbt.


MEMORANDUM PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setinggan Kempas telah ditubuhkan pada Jumaat 18hb April 2008 di bawah Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membela nasib penduduk setinggan Kempas yang berjumlah lebih kurang 9,624 orang terdiri daripada 2,000 keluarga. Ia bertanggungjawab menjaga kepentingan 18 perkampungan penduduk setinggan iaitu Denai Pinggiran, Denai Utama, Denai Selatan, Denai Aman, Denai Damai, Kg Semangat, Sawa, Lurah, Seri Rahmat 1, Seri Rahmat 2, Kg Gudang Beras, Seri Kempas 1, Seri Kempas 2, Kg Lembah Murni, Permatang, Sinaran, Banjaran dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai.

Penduduk setinggan Kempas telah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak tetapi malangnya tiada pihak yang sanggup mendengar rintihan kami. Berikut kami nyatakan tindakan-tindakan yang telah kami lakukan :


01. 20.Jun.2008 : Penyerahan Memorandum Penduduk Setinggan Kempas Kepada Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Tetapi Tidak dilayan
02. 20.Jun.2008 : Jemputan Untuk Berdialog Bersama Menteri Besar Negeri Johor. Tetapi Tidak dilayan
03. 9.Jun 2009 : Permohonan Berjumpa Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi Tidak dilayan


Lebih menyedihkan lagi adalah kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian di dalam Dewan Undangan Negeri Johor pada 26hb Jun 2008 yang telah melabelkan setinggan Kempas sebagai ’buta hati’ dan ’buta mata’.

Kami penduduk setinggan Kempas mempunyai asas-asas yang kukuh untuk menuntut kepada pihak kerajaan. Berikut adalah asas-asas tuntutan kami :

1. Kampung kami telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu. Sebelum ini tanah ini adalah kawasan hutan yang menakutkan penduduk setempat. Kami telah membersihkan kawasan ini. Selama ini kami tidak mendapat bekalan air dan elektrik. Dengan penuh kesabaran, kami sesama penduduk saling bermuafakat membangunkan kampung ini dengan segala kekurangannya. Anak-anak dan cucu-cucu kami dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada kami semua. Kami sangat sayangkan kampung ini.

2. Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung penduduk kampung membekalkan tenaga buruh yang murah kepada pengembangan ekonomi negara. Penduduk kampung sangat komited dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Sebahagian daripada kami menganggotai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(RELA) dan telah banyak membantu menjaga keselamatan pimpinan utama negara yang melawat ke Negeri Johor seperti Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi VIP negara.

3. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada parti pemerintah khususnya UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Kami telah banyak kali menyokong parti ini dalam pilihanraya sebelum ini. Kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Atas sokongan padu ini BN telah menang mudah di peringkat DUN Kempas dan Parlimen Pulai.

4. Penduduk kampung kami adalah majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian kami berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Kelembapan ekonomi global masakini telah menyebabkan sebahagian kami kehilangan pekerjaan. Kehidupan di bandar besar seperti Johor Bahru memerlukan komitmen kewangan yang besar. Kami juga perlu menyara keluarga yang serba-serbinya memerlukan kewangan. Jikalau pihak kerajaan boleh memberi peluang kepada warga asing khususnya daripada Singapura membeli rumah dan tanah bernilai lebih daripada RM250,000 mengapa tidak kerajaan boleh menganugerahkan tanah kepada penduduk setinggan Kempas.

5. Kami juga sangat tertarik dengan pendekatan pihak Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu setinggan di Kg. Seri Serdang Baru, Kg Seri Jaya Baru, Perling dan Kg Pasir, Tampoi. Penyusunan semula kampung mereka telah memberi peluang kepada penduduk memiliki tanah yang cukup strategik. Sebahagian penduduk di Kampung Gudang Beras, Kempas telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM10 ribu/sebuah rumah. Setinggan Kg Serantau Baru (Kebun Teh) telah menerima bantuan sebanyak RM10,000/sebuah rumah atau pengurangan harga rumah sebanyak RM32,000. Setinggan Kg Jalan Rajawali, Larkin Jaya mendapat sumbangan sebanyak RM25 ribu/sebuah rumah. Terkini adalah setinggan Kg Baru Pelentong Tengah hanya perlu membayar premium bagi memperolehi tanah lot di Kg Bukit Dagang, Ulu Tiram, Johor.


Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan rumah rakyat dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai. Walaubagaimana pun kami terpaksa mengeluarkan wang lebihkurang RM2,500 untuk proses perpindahan. Setakat ini pihak Kerajaan Negeri Johor tidak langsung membantu meringankan beban kami. Kami berpindah tanpa sumbangan saguhati daripada pihak kerajaan seperti rakan-rakan kami di tempat lain. Rumah pangsa17 tingkat ini pula mempunyai perbagai masalah yang merungsingkan kami seperti masalah sosial, masalah kebersihan, jenayah yang meningkat, kekurangan kemudahan infrastruktur dan kelemahan pengurusan. Kami sangat bimbang PPR Taman Kempas Permai bakal menjadi seperti Rumah Pangsa Larkin yang telah menjadi liabiliti kepada imej Kerajaan Negeri Johor sekarang.

Pihak kami sangat teruja dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Y.A.B. Lim Guang Eng yang telah menguruskan setinggan di Kg Buah Pala dengan baik, di mana pihak Syarikat Perumahan telah menganugerahkan mereka sebuah rumah bernilai RM500 ribu/sebuah keluarga. Walaupun umur Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat(PR) baru setahun jagung tetapi mereka telah memberi perhatian yang lebih kepada rakyatnya. Berbanding dengan kami yang telah 30 tahun menyokong BN tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Y.A.B. Perdana Menteri telah melancarkan agenda Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kami merasakan agenda ini adalah sangat bersesuaian dengan kehendak semasa. Tahniah diucapkan. Sehubungan itu pihak kami mendesak Y.A.B merealisasikan agenda rakyat ini dengan melunaskan tuntutan-tuntutan kami seperti di bawah :

1. Memohon Y.A.B Perdana Menteri turun ke Kempas untuk mengadakan dialog terbuka dengan seluruh setinggan Kempas tidak kira fahaman politik.
2. Menganugerahkan tanah milik kekal kepada kampung setinggan yang tersusun.
3. Memberikan sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap rumah dan menawarkan rumah sewa-beli atau gantian tanah di tempat lain.
4. Menangguhkan notis Mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru di Kg Denai Pinggiran, Kempas dan dan sekitarnya sehingga tuntutan kami dipenuhi.

Pihak Kerajaan Negeri Johor sering memberi alasan kekurangan dana untuk memberi sumbangan kepada rakyat Johor khususnya setinggan Kempas. Di sini suka untuk kami nyatakan sumber kewangan yang seharusnya dimanfaatkan oleh pihak kerajaan. Dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri Johor pada November 2008, telah dinyatakan bahawa pada mesyuarat kerajaan negeri Johor bertarikh 14hb Ogos 2007 kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa kerajaan persekutuan perlu menjelaskan ¼ bayaran premium tanah kawasan tanah Hospital Permai sebanyak RM108,492,450 kepada kerajaan negeri Johor. Tanah Hospital Permai adalah tanah yang didiami oleh sebahagian setinggan Kempas. Sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat, tentulah pihak kerajaan boleh memperuntukkan sebahagian kecil daripada nilai premium ini kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kami.

Semoga perlunasan terhadap tuntutan ini menjadi bukti kepada rakyat Malaysia bahawa Y.A.B sangat serius terhadap agenda rakyat yang telah dilancarkan. Sekian, Terima Kasih. Wassalam

Yang Benar



...........................................
Ramli Bin Hj. Ibrahim
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak
Penduduk Setinggan Kempas


S.K :
Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman,
Menteri Besar Johor

Y.B Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang/ Penasihat PKR

Y.B Dato’ Sri Hj. Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS

Y.B Lim Kit Siang.
Pengerusi DAP

Y.B Dato Nurjazlan Bin Mohammad.
Ahli Parlimen Pulai

Sunday, October 25, 2009

Mana Silapnya ?

Angin tak de ....
Ribut pun tak de ....
Petir jauh sekali .....
Tiba-tiba hujan turun cukup lebat
Membasahi semua tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman.

Lebatnya hujan ini .....
Bukan pokok bunga bukan juga pokok senduduk rebah.
Tapi pokok tongkat ali pun nak tercabut dibuatnya.

Pokok-pokok ini menjadi hairan
Kenapa angin-angin kecil daripada sebelah tengah
Disambut dengan hujan yang begitu lebat sekali dari pantai timur.

Mana silapnya, mana salahnya ?
Salah anginkah ?
Salah pokokkah ?
Salah hujankah ?
Atau salah hujankah kerana terlalu lama tidak turun-turun ?

Bajet sektor pertahanan - Datuk Seri Anwar Tersilap !!!

Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai bajet 2010 yang langsung tidak diperuntukkan untuk sektor pertahanan. Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, inilah kali pertama pembentangan bajet yang langsung tidak menyentuh mengenai peruntukan untuk anggota tentera yang telah berkhidmat menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ujarnya, selepas Barisan Nasional memenangi kerusi Bagan Pinang yang majoriti pengundinya terdiri daripada anggota tentera, BN terus melupakan jasa mereka sedangkan pelbagai janji ditaburkan kepada anggota tentera sebelum pilihanraya kecil berkenaan.

"Saya agak terkejut kerana pembantangan belanjawan tidak menyebut langsung sektor pertahanan. Selepas menang di Bagan Pinang, pasukan tentera dilupakan. Baru sangat menang, terus dilupakan,"katanya kepada pemberita sewaktu mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi parlimen siang tadi.

Datuk Seri Anwar perlu meneliti sepenuhnya proses perjalanan pengundian pos di kem tentera. BN menang undi pos bukan atas sokongan tentera tetapi atas manipulasi undi pos. Saya telah buat aduan di Suhakam mengenai sistem undi pos yang terlalu longgar sehingga boleh dilakukan manipulasi.

Jika anggota tentera diberi kebebasan sebenar, saya yakin dan percaya PAS akan mendapat undi yang lebih dalam kem-kem tentera. Oleh itu saya berpendapat bahawa Kerajaan BN tidak merasakan penting undi pos ini kerana kehadirannya hanya menjadi alat untuk BN terus berkuasa sahaja. BN merasakan tidak perlu berterima kasih kepada anggota tentera kerana hakikatnya bukan mereka yang yang mengundi Isa Samat di Bagan Pinang.

Oleh itu apa perlunya bajet besar di Kementerian Pertahanan ?

Wednesday, October 21, 2009

Pemansuhan PPSMI mungkin 2011

Utusan Malaysia 21.10.09

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.

"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.

"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan.
Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.

"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.

"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan.

Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.

"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang.

Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.

Minta Perhatian Kepada Semua Pembaca

Saya mengalu-alukan buah fikiran dan pandangan bernas tuan-tuan dan puan-puan. Satu sahaja yang saya harap tuan/puan boleh komen apa sahaja kepada saya atau kenyataan saya tetapi tolong jangan menghina agama saya dan bangsa saya. Tolong. Minta Tolong. Itu sahaja.

MEMORANDUM ADUAN KEPADA SUHAKAM

Table 1: Keputusan pengundian mengikut peti undi




MEMORANDUM ADUAN KEPADA SUHAKAM MENGENAI KETIDAKTELUSAN UNDI POS KHUSUSNYA MENGENAI PRK N.31 BAGAN PINANG YANG DIADAKAN PADA 11/10/2009.


BAHAWASANYA Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun dan bermastautin di Malaysia berhak untuk didaftarkan sebagai pengundi dan berhak mengundi di dalam bahagian pilihanraya yang ditetapkan;

BAHAWASANYA Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin semua orang termasuk pengundi pos yang terdiri daripada askar, polis dan lain-lain kumpulan adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang;

BAHAWASANYA Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan tiap-tiap warganegara untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran termasuk bagi tujuan berkempen kepada para pengundi pos khususnya anggota tentera dan polis;

BAHAWASANYA Perkara 21(3) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) menjamin kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan dan kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan sama rata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara;

BAHAWASANYA Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2007 telah menekankan tema pilihanraya yang bebas dan saksama serta kebebasan bersuara, berhimpun dan pentingnya kesamarataan antara calon serta parti yang bertanding bagi mewujudkan masyarakat demokrasi yang madani;


MAKA saya, Suhaizan bin Kaiat mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Jawatankuasa Khas Undi Pos PRK N.31 Bagan Pinang ingin membuat aduan berkaitan ketidaktelusan dalam perjalanan pilihanraya yang melibatkan undi pos. Berikut adalah aduan yang telah saya terima sepanjang perjalanan pilihanraya kecil N. 31 Bagan Pinang yang diadakan pada 11 Oktober 2009.

KES 1 : SISTEM UNDI POS YANG LONGGAR

Maklumat Pengundi Pos Di N31 Bagan Pinang adalah seperti berikut :

A. Pecahan Mengikut Jenis Perkhidmatan :

1. Pengundi pos (Tentera) : 4,571
2. Pengundi pos (Awam) : 9
3. Pengundi pos (Polis) : 31

Jumlah pengundi pos : 4,611


B. Pecahan Pengundi Pos Hadir dan Tidak Hadir

1. Pengundi Hadir (Hadir ke Kem) : 1,631
2. Pengundi Hadir Tetapi tidak datang mengundi : 69
3. Pengundi Tidak Hadir(Kertas undi dipos) : 2,911
4. Pengundi Tidak Hadir Tetapi Kertas Undi Tidak Dikembalikan : 371

C. Keputusan Pengundian

Undi BN : 3,521
Undi PAS : 601
Undi Rosak : 49
Jumlah Undi Diterima : 4,171

Terdapat dua kaedah perlaksanaan Undi Pos yang telah diamalkan oleh SPR, pertamanya Pengundi Hadir dan keduanya Pengundi Tidak Hadir. Pengundi Hadir seramai 1,631 orang adalah pengundi yang berada di dalam Kem. Mereka hadir ke Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) untuk mengambil Sampul Keutamaan kemudian mengundi.

Pengundi Tidak Hadir adalah seramai 2,911 orang anggota tentera yang berada diluar Kem atau sedang bertugas. Kertas undi mereka akan diuruskan oleh JRP (Jabatan Rekod Dan Pencen), MINDEF(Ministry Of Defence), Kuala Lumpur. JRP pula akan menyerahkan tugas mengantar Sampul Keutamaan yang didalamnya terdapat kertas undi kepada unit semboyan tentera untuk menghantar dan memunggut kembali setelah mengundi. Keadah penyerahan Sampul Keutamaan ini adalah seumpama memberi kad hari raya atau seumpama memberi kad jemputan. Penyerahan ini tampa kawalan daripada SPR mahupun ejen-ejen pengundian pos. Ia boleh berlaku 24 jam.

Disinilah punca utama yang membuktikan sistem undi pos ini longgar. Manipulator akan menggunakan kesempatan ini untuk mengatur agenda mereka. Contohnya unit semboyan tidak menyerahankan Sampul Keutamaan kepada pengundi sebaliknya mengembalikan kertas undi dalam keadaan yang telah diundi. Keadaan ini sangat mudah berlaku kerana berada diluar kawalan pihak SPR dan ejen pengundian pos.

Baki Sampul Keutamaan yang telah diserah kepada unit semboyan pula tidak pula diserahkan kepada pihak SPR. Contohnya dalam kes Bagan Pinang terdapat 371 Sampul Keutamaan yang tidak diserah kembali kepada SPR. Kecurigaan berlaku di sini. Apakah status pengundi seramai 371 orang ini ? Mengapa kertas undi mereka tidak kembali ? Dimana kertas undi mereka ?



KES 2 : KECURIGAAN TERHADAP PETI UNDI MINDEF


(Rujuk Table 1)


Selepas Proses Penyerahan pada 7hb Oktober 2009, Sampul Keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF. Selepas Proses Pengiraan pada 11hb Oktober 2009 PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Telah disahkan oleh Ejen Pengundian Pos Sdr. Mohzaid Bin Mohid bahawa peti undi 14, 15 dan 16 adalah datangnya daripada MINDEF. Terdapat 17 peti undi keseluruhan hanya peti undi 14, 15 dan 16 sahaja calon PAS mendapat 0.

Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16.


KES 3 : PENGGUNAAN DAFTAR PEMILIH YANG BERBEZA

Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) telah menggunakan daftar pemilih yang berbeza daripada yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem.

Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar yang digunakan dalam Kem:

1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Berdasarkan kepada laporan Ejen Pengundian Pos yang bertugas pada hari tersebut pihak Kem adakalanya menggunakan pen untuk memasukkan nama-nama pengundi yang tertinggal.


KES 4: EJEN PENGUNDIAN POS TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS

Pada pertemuan dengan SPR pada 28.09.2009 dan 07.10.2009, Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof telah berjanji akan membenarkan ejen pengundian pos membuat semakkan pemilih dan boleh mengesahkan kehadiran pengundi pos di dalam kem seperti pengundian Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu tahun 2008. Malangnya semasa pengundian, ejen-ejen pengundian pos tidak diberikan senarai daftar pemilih yang digunakan oleh pihak Kem dan daftar pemilih Kem sangat berbeza dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Pegawai Bertanggungjawab di dalam Kem pun tidak menteriakkan maklumat pengundi kepada ejen seperti yang dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Oleh kerana itu ejen-ejen tidak dapat berperanan seperti yang sepatutnya.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :

1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir dan tidak hadir.
4. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.

KES 5 : DOUBLE VOTE(PENGUNDI BERTINDAN)

Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, Sdr. Suhaizan Kaiat dan Sdr. Mohd Mohzit Bin Mohid. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah wartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan.

Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :

“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walaupun mereka telah pencen.


KES 6 : PENGAKUAN PAK ABU KASSIM

Pada hari Isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman Mohammad , Sdr. Suhaizan Kaiat, Sdr Abu Kassim Bin Ali (Pak Abu Kassim) dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi.

Pak Abu Kassim adalah bekas anggota tentera berpangkat Sarjan. Berikut adalah sedutan perbincangan dengan pihak SPR.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Sedutan pertemuan ini membuktikan bahawa mudahnya undi pos dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.


KES 7 : CARA SERAHAN SAMPUL KEUTAMAAN

Semasa dalam Proses Penyerahan atau Proses Pengundian Pos dibuat dalam PRK Bagan Pinang. Sepasang suami isteri yang namanya ada dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos tetapi kertas undinya tiada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) telah menghubungi saya. Kemudian saya telah memberi nasihat agar membuat semakkan kali kedua pada hari esoknya dengan membawa salinan daripada semakkan daftar pemilih yang terdapat dalam laman Web SPR.Hari keduanya pasangan ini pergi ke PUSASDA tetapi jawapannya juga sama kertas undinya tiada di sana.





Akhirnya mereka menghubungi JRP (Jabatan Rekod & Pencen), MINDF bertanyakan kertas undi mereka. Akhirnya JRP berjanji akan menyerahkan kertas undi di Port Dickson. Esoknya Unit Semboyan datang untuk menyerahkan kertas undi.





Saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya telah dapati bahawa serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Mini Market pada jam 7.30 malam.Pada hari esoknya unit yang sama juga mengambil semula kertas undi untuk dimasukan ke dalam Karung Khas SPR.





Jika inilah cara penyerahan Sampul Keutamaan maka kaedah ini sangat mudah dimanipulsi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Keadah ini sangat mencurigakan.


KES 8 : PENGAMBILAN SAMPUL KEUTAMAAN UNDI DILUAR MASA MENGUNDI

Pada jam 5.45 petang 10hb Oktober 2009 wakil calon PAS Sdr. Ramli Bin Ismail telah menjadi saksi kepada penyerahan lebihan Sampul Keutamaan yang telah diserahkan oleh Mohamad Bin Ab Ghani Penolong Pegawai Pengurus Pos N31 – Bagan Pinang kepada Kept Azizi bin Elias, Pegawai Tentera di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah & Tanah Port Dickson.

Berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 7hb Oktober 2009 ,Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menyatakan bahawa lebihan Sampul Keutamaan yang tidak diambil oleh pengundi hadir dalam kem hendaklah disimpan di Pusat Penyimpanan Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah & Tanah Port Dickson dan tidak boleh dikeluarkan lagi untuk sebarang proses pengundian.Tempoh mengundi yang telah dipersetujui oleh SPR adalah pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009 di antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Penyerahan Sampul Keutamaan kepada Kept Azizi bin Elias diluar tempoh mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA), Port Dickson adalah bertentangan dengan persetujuan yang telah dibuat sebelum ini.

Wakil calon PAS Sdr. Ramli Bin Ismail telah membuat laporan polis pada hari yang sama jam 11.30 malam dan membuat bantahan pada hari esoknya kepada pihak SPR. Akhirnya ejen-ejen pengundian pos daripada PAS telah mendapati bahawa Sampul Keutamaan sebanyak 70 keping ini telah dikembalikan semula pada 11hb Oktober 2009 tampa dihantar kepada pengundi pos terbabit.

Persoalannya, apakah peraturan yang telah digunakan oleh SPR dan pihak Kem sehingga boleh mengeluarkan Sampul Keutamaan di luar waktu mengundi ? Apakah matlamat Kept Azizi Bin Elias dan En. Mohamad Bin Ab Ghani membuat serahan tersebut? Mangapa pula Sampul Keutamaan dikembalikan semula setelah laporan polis dibuat ?

KES 9 : MENTERI BN BERKEMPEN DALAM KEM TENTERA

Saya telah mendapat aduan daripada pengundi pos mengenai Jamuan Hari Raya pada 6hb Oktober 2009 di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) Kem Kg Sawah dimana Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Mohammad Hassan telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar berkempen calon Barisan Nasional dihadapan anggota tentera dalam Kem tersebut. Beliau telah menyatakan :

“ Pada 8 dan 9 haribulan saudara akan mengundi. Jangan lupa mengundi Barisan Nasional. Boleh atau tidak ?....

Pada majlis yang sama Menteri Pertahanan Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri menggugut anggota tentera, akan menarik balik projek-projek yang telah dijanjikan. Beliau telah menyatakan :

“ Ada banyak projek lagi. Saya nak tengok dulu. 11haribulan kita tengok kertas undi dulu. Berapa peratus ? Itu baru 60%. Boleh 100% kita tambah peruntukkan”

Berkempen Barisan Nasional di dalam Kem adalah tidak adil kerana hanya satu pihak sahaja dapat berkempen di dalam Kem. PAS tidak berpeluang berkempen di dalam Kem. SPR tidak langsung menyusun kempen-kempen PAS di dalam Kem.

KESIMPULAN

Berikut adalah 9 Kes yang membuktikan bahawa Sistem Pengundian Pos yang telah diamalkan oleh SPR adalah terlalu longgar, melanggar peraturan dan mudah dimanipilasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mendesak pihak SUHAKAM membuat pendengaran awam menyiasat kelemahan Sistem Pengundian Pos ini dan mendesak pihak kerajaan memansuhkan sepenuhnya Sistem Pengundian Pos.


Yang Benar


______________________


Pengadu : Suhaizan bin Kaiat
Alamat : Tingkat 2, Pejabat Agong PAS, 318-A Jln Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Emel : suhaizankayat@yahoo.com
Faks : 03-26937227

Friday, October 16, 2009

Cara Penyerahan Kertas Undi Pos

Semasa dalam Proses Penyerahan atau Proses Pengundian Pos dibuat dalam PRK Bagan Pinang. Saya dihubungi sepasang suami isteri yang namanya ada dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos tetapi kertas undinya tiada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA). Saya memberi nasihat agar membuat semakkan kali kedua pada hari esoknya dengan membawa salinan daripada semakkan daftar pemilih yang terdapat dalam laman Web SPR.

Hari keduanya pasangan ini pergi ke PUSASDA tetapi jawapannya juga sama kertas undinya tiada di sana. Akhirnya mereka menghubungi JRP (Jabatan Rekod & Pencen), MINDEF bertanyakan kertas undi mereka. Akhirnya JRP berjanji akan menyerahkan kertas undi di Port Dickson. Esoknya Unit Semboyan datang untuk menyerahkan kertas undi.

Saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya saya dapati serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Raya pada jam 7.30 malam.

Pada hari esoknya unit yang sama juga mengambil semula kertas undi untuk dimasukan ke dalam Karung Khas SPR yang mungkin berada di Kem sebelum diserahkan kepada Pusat Penyimpanan.

Wahai Rakyat Malaysia. Saksikanlah bagaimana proses penyerahan kertas undi ini dibuat. Persoalan-persoalan yang perlu kita curiga adalah :

1. Mengapa kertas undi pengundi pos begitu sukar untuk diperolehi? Jika kedua pasangan ini tidak menghubungi JRP, apakah mungkin mereka memperolehi kertas undi ?

2. Apakah akan terjadi jika anggota tentara yang membuat penyerahan kertas undi tersebut membuat khianat menjual kertas undi ini kepada pihak tertentu? Tiada siapa yang yang boleh mengawalnya.

3. Bagaimana SPR boleh membuat pemantauan penyerahan kertas undi ?

4. Apakah rakyat Malaysia boleh yakin kertas undi sebanyak 2911 yang sepatutnya dipos tidak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu? Apakah jaminan peristiwa Pak Abu Kasim bekas anggota tentera berpangkat sarjan memangkah undi rakan-rakannya tidak akan berulang di Bagan Pinang ?

Suhaizan Kaiat
Pengerusi J/K Khas
Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat

Tuesday, October 13, 2009

CABAR DEBAT DENGAN UMNO ISU UNDI POS

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyatakan bahawa Pemimpin Pas yang yang terus memainkan isu undi pos dan tidak mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang diibaratkan seperti orang 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.' Peribahasa Melayu itu bermaksud 'tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri' itu sesuai dikaitkan dengan mereka yang masih menyalahkan undi pos sebagai punca kekalahan mereka.

Pas menerima kekalahan yang berlaku di Bagan Pinang yang mungkin berpunca daripada bebarapa kelemahan yang berlaku. Tetapi PAS tidak menafikan wujudkan sistem yang lemah dan mudah dimanipulasi pihak tertentu dalam perlaksanaan undi POS. Saya boleh senaraikan satu persatu ruang-ruang manipulasi yang ada dalam undi pos.

Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam UMNO terutamanya Pemuda UMNO untuk berdebat dengan saya dibawah tajuk “Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia”.

Suhaizan Bin Kaiat

Pengerusi
Jawatankuasa Khas
Undi Pos
Dewan Pemuda PAS Pusat

Undi pos: Pas tak tahu menari, salahkan lantai

SEREMBAN 12 Okt. - Pemimpin Pas yang terus memainkan isu undi pos dan tidak mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang diibaratkan seperti orang 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.'

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peribahasa Melayu itu bermaksud 'tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri' itu sesuai dikaitkan dengan mereka yang masih menyalahkan undi pos sebagai punca kekalahan mereka.
Tegasnya, undi pos adalah hak anggota tentera dan polis serta ahli keluarga mereka, oleh itu para pemimpin parti pembangkang tidak patut mempertikaikan perkara tersebut.

Sambil menghargai sokongan padu pengundi pos, jelasnya, kemenangan BN di Bagan Pinang kali ini bukan semata-mata kerana undi pos seperti didakwa Pas sebaliknya BN juga menang di semua saluran mengundi melibatkan pengundi biasa.

''Janganlah (Pas) salah menuding jari. Pada pilihan raya kecil 2000, (Parlimen Teluk Kemang), calon BN, S. Sothinathan lawan Ruslan Kassim, ketika itu mereka (pembangkang) menang undi pos.

''Jadi, kalau (Pas) tidak pandai menari, jangan salahkan lantai tinggi rendah," katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek RM300,000 daripada Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Yusof Noor hasil dari 110 lot tanah kerajaan negeri yang dimajukan agensi itu di sini hari ini.

Menteri Besar mengulas kenyataan para pemimpin Pas dan pembangkang menyalahkan sistem undi pos selepas BN menang besar dengan majoriti 5,435 undi dalam Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Bagi saluran undi pos, BN memperoleh 3,521 undi manakala Pas mendapat 601 undi. Tanpa undi pos, BN masih menang dengan majoriti besar 2,515 undi iaitu BN memperoleh 4,492 undi daripada pengundi biasa berbanding 1,977 undi diperoleh Pas.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebelum ini BN telah kalah dalam beberapa pilihan raya kecil tetapi parti itu menerima kenyataan dan tidak menyalahkan sesiapa.
''Sekarang mereka (pembangkang) salahkan orang lain, SPR salah, polis salah. Dulu sebelum pilihan raya 2008, SPR tak betul, SPR rasuah, tapi bila menang lima negeri, SPR dengan orang yang sama, pegawai sama, sistem sama, mereka tidak pula salahkan SPR,'' katanya.
Mengenai undi besar diraih besar Mohd. Isa, beliau berkata, ia membuktikan rakyat yakin dengan parti dan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Pada masa sama ia membuktikan Perdana Menteri dalam masa singkat berjaya menyakinkan rakyat dengan gagasan dan dasar-dasar barunya.
''Dasar 1Malaysia sudah menjadi buah mulut orang apatah lagi dengan slogannya, Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan ini, rakyat sudah mula nampak kesannya lalu memberi sokongan," kata beliau.

Mohamad menambah, rakyat membuat pilihan tepat kerana memilih calon BN seterusnya mengekalkan kerusi parti di kawasan DUN itu.
''Alhamdulillah, terima kasih kepada pengundi Bagan Pinang. BN akan memastikan kerja-kerja membangunkan kawasan itu termasuk program mensejahterakan rakyat akan diteruskan sebaik mungkin.

''Ini sebagai membalas sokongan dan penghormatan rakyat kepada BN," katanya.

Kalah atau Menang – Undi Pos Tetap Mencurigakan

Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi



Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya

Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.

Fakta 1 :

PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDF. Rujuk Table 1. Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan). Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi.

Persoalannya jika mereka tidak mengundi mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28.09.2009 dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz..

Fakta 2 :

Jika dilihat daripada 3 pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009). Rujuk Table 2.

Persoalannya mengapa keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini? Antara usaha-usaha PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, 5 kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos.

Jawapannya adalah mudah. Manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF. Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos. Berkemungkinan peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF. Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator. Maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang.

Fakta 3 :

Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem

Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera :

1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :

1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir.
4. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir.
5. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.


Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Yang lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini. Jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya.

Fakta 4 :

Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, saya dan Sdr. Mozaid telah bertemu dengan SPR dari jam 3 – 5 ptg. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :

“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen.


Suhaizan Bin Kaiat

Pengerusi Jawatankuasa Khas
Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat

Saturday, October 10, 2009


BANTAHAN TERHADAP PROSES PENYERAHAN SAMPUL KEUTAMAAN UNDI POS PILIHANRAYA KECIL N31 BAGAN PINANG

TARIKH : 9HB OKTOBER 2009


Adalah saya Ramli Bin Ismail 490215-03-5185 selaku wakil calon PAS pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang telah mendapati bahawa proses penyerahan Sampul Keutamaan undi pos yang telah dilaksanakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA) pada 8hb dan 9hb Oktober 2009 telah tidak menggunakan daftar pemilih yang telah diserahkan semasa penamaan calon pada 3hb Oktober 2009.

Tindakan di atas adalah bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Mengikut Seksyen 2 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan bahawa :

“pilihan raya” ertinya sesuatu pilihan raya yang diadakan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang sebagai ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau pihak berkuasa tempatan;

Seksyen ini menyatakan bahawa pilihan raya yang dijalankan hendaklah mengikut undang-undang bertulis. Oleh itu proses penyerahan Sampul Keutamaan undi pos hendaklah mengikut undang-undang bertulis peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang terbatal.

SPR sebagai pelaksana pilihan raya wajib memberhentikan semua proses yang terdapat dalam pengundian pos dengan segera dan meneruskan pengundian awam pada 11hb Oktober 2009 seperti yang telah dijadualkan. Jika proses pengundian pos ini tidak diberhentikan maka keseluruhan pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang boleh terbatal dan menyebabkan pembaziran wang rakyat yang telah digunakan.

Friday, October 2, 2009

Apakah muslihatnya latihan tentera pada masa mengundi?

Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, PD akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD.

Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?

Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila di pos akan memudahkan penipuan. Jadual adalah seperti berikut :

7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos
8.10.10 : Pengundian
9.10.10 : Pengundian
10.10.10 : Kerta Undi di pos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik dpd Melaka)

Wahai Rakyat Malaysia. Fikirkanlah.

Suhaizan Kayat
Pengerusi
J/K Khas Undi Pos
Dewan Pemuda PAS Pusat.

Jadual Kempen Jentera UMNO dalam Kem

Berikut adalah jadual kempen BN dalam Kem.

2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana.

5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera

6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institud Pengurusan Tentera Darat(IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera

Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan.

Suhaizan Kayat
Pengerusi J/K Undi Pos
Dewan Pemuda PAS Pusat

Lubang Penipuan Undi Pos SPR-BN

7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

8.10.09 : Pengundian hari pertama
9.10.09 : Pengundian hari kedua
10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos
11.10.09 : ketas yang dipos akan sampai di Majlis Dearah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kartas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS.

Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen UMNO akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekali gus.

Fikirkanlah wahai Rakyat Malaysia.

Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pengakuan Bekas Tentera : Mengundi Bagi Pihak BN

Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) ABu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.

Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejer(B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP(Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24jam tuan.

Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.

Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.

YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS.

Suhaizan Bin Kayat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.