Saturday, January 31, 2009

Perlancaran Gerakan Memansuh PPSMI Berjaya


Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad telah dilancarkan depan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tengku Abd Rahman, Kuala Lumpur baru sebentar tadi. Kehadiran Dato' Dr Hassan yang menjadi seliberiti pejuang bahasa telah dikerumuni para wartawan sejak jam 2.30 petang lagi. Akhirnya kenyataan media telah dilaksanakan pada jam 2.50 petang. Pejuang-pejuang bahasa yang turut hadir adalah A. Samad Said, Dato' Dr Anuar Ridzuan, Prof Awang Sariyan, Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr. Shahril Md Zain, Ainon Mohammad dan ramai lagi.




Selepas kenyataan akhbar dibuat para pejuang bahasa telah minum dikedai berhampiran. Wartawan yang belum puas menemuramah Dato' Dr Hassan Ahmad berkumpul di tempat minum para pejuang bahasa sehingga terpaksa dileraikan oleh pihak polis.


Bersambung...




.

Kenyataan Media Dato' Dr Hassan Ahmad Pengerusi GMP
















Friday, January 30, 2009

SPRM Mestilah Membersihkan Namanya Dengan Segera

Y. Bhg. Dato' Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan Ketua Pesurujaya SPRM mestilah membersihkan dengan segera nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran insiden penyiasatan seorang pegawainya terhadap seorang yang telah di dedahkan oleh Malaysiakini pada 29 Januari 2009. Halimi Kamaruzzaman, 46, AJK UMNO Maran mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria. Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza. Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu adalah sama dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein. Tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi". Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel. Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik beliau sehingga tidak dapat bernafas sambil menolaknya ke dinding.
Laporan polis telah dibuat di balai polis Damansara, Petaling Jaya. Halimi juga berkata "Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit. Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Jika benarlah dakwaan yang dibuat oleh AJK UMNO Maran ini maka ia merupakan sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia. SPRM mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden ini . Sebaliknya jika ia merupakan suatu usaha pihak tertentu untuk mengalih pandangan awam terhadap isu rasuah yang telah serius dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan peringkat tertinggi maka tindakkan saman malu perlu dibuat terhadap si pengadu. Usaha ini perlu dibuat bagi memastikan SPRM menjadi sebuah suruhanjaya yang cukup berwibawa di negara ini.

Jika demo gagal, undi protes PPSMI, kata A Samad Said


Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan."Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. "Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu.

Kenyataan Media Ketua Penerangan DPP Pusat

Dewan Pemuda PAS Negeri-Negeri Hendaklah Menjadi Pengerak Utama Himpunan 100 Ribu Istana Negara

Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri khususnya di bawah Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri dipohon memperbanyakkan usaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat mengenai kesan buruk kepada Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Dewan Pemuda PAS harus mencari pelbagai mekanisma untuk menjayakan Himpunan 100 Ribu pada 7.3.09 jam 2 petang di Istana Negara. Suatu Himpunan yang menyamai Himpunan Bersih 2007. Walaupun perjuangan ini dipelupori oleh pejuang-pejuang bahasa tetapi sumbangan Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan himpunan ini. Antara aktiviti yang boleh di adakan adalah seperti berikut :


1. Ceramah umum di peringkat pemuda PAS Kawasan-kawasan.
2. Pertemuan dengan guru-guru, PIBG, pejuang-pejuang bahasa dan tokoh-tokoh pencita bahasa.
3. Dialog-dialog.
4. Hit & Run
5. Pengedaran risalah.
6. Forum
7. Serahan memo kepada sekolah-sekolah
8. Perjumpaan dengan ibu bapa pelajar sekolah dan lain-lain lagi.


Dewan Pemuda diperingkat negeri harus mengambil pendekatan yang lebih kreatif untuk mengembeling seluruh agensi-agensi dalam dan luar dewan pemuda untuk menjayakan himpunan ini. Dewan Pemuda di peringkat kawasan-kawasan harus digembelingkan untuk menjayakan himpunan ini. Saya cukup optimis akan kejayaan himpunan ini kerana bebarapa faktor. Pertama, momentum yang baik dikalangan rakyat ekoran kejayaan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bota. Kedua, paradigma rakyat sudah terbuka untuk berhimpun ekoran kejayaan Himpunan 100 Ribu Bersih yang telah belangsung dalam suasana aman di Istana Negara. Ketiga, isu bantahan PPSMI ini telah berlangsung selama 6 tahun dari tahun 2003-2009. Oleh itu terlalu ramai rakyat sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan yang telah diterima. Keempat, sokongan yang padu daripada pejuang-pejuang bahasa, ahli-ahli politik dan NGOs. Kelima, kesan kerosakkan dasar PPSMI lebih meluas dirasai oleh rakyat dibandingkan dengan salahgunakuasa dalam pilihanraya yang lebih terkesan kepada orang-orang politik sahaja. Tentulah rakyat lebih ramai daripada orang politik dan pengikutnya.


Walaubagaimanapun satu kekangan yang ada dihadapan adalah masa.
Ini kerana tempoh masa untuk mobilasi hanyalah lebihkurang 2 bulan sahaja. Dalam tempoh masa yang singkat inilah Gerakkan Memansuh PPSMI (GMP) terpaksa memanfaatkan segala peluang yang ada. Jika semua pihak boleh berperanan dengan pantas dan berkesan. Insya-Allah himpunan ini bakal mencatatkan sejarah besar dalam negara, dimana pembelaan terhadap Bahasa Melayu dan bahasa ibunda dapat dijayakan dinegara ini. Terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkannya. Kegagalan himpunan ini boleh menyebabkan kemunduran akademik anak-anak bangsa khususnya di luar bandar. Tentulah Dewan Pemuda PAS tidak mahu melihat kerosakkan ini akan berlaku pada masa akan datang.



Yang Benar,

Suhaizan Bin Kaiat

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Pusat

H/P : 019-7285174

Blog : http://kentong-suhaizan.blogspot.com

email : suhaizankayat@yahoo.com

Baner Perlancaran Gerakkan Memansuh PPSMI


Thursday, January 29, 2009

Risalah GMP - Mohon Dicetak & Diedar



Kepada semua penyokong Gerakkan Memansuh PPSMI. Mohon risalah di atas dicetak & diedar

Tengku Ahmad Rithauddeen bakal Pengerusi GMS

Bakal Pengerusi GMS


Selain daripada GMI (Gerakkan Mansuh Isa) dan GMP(Gerakkan Memansuh PPSMI) berkemungkinan akan tubuh satu lagi gerakkan baru dikenali sebagai Gerakkan Memansuh Sayap UMNO atau dikenali sebagai GMS. Ini merupakan ungkapan sinis untuk sayap-sayap UMNO seperti Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera. Ungkapan ini adalah lanjutan daripada saranan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang telah mencadangkan agar memansuhkan sayap-sayap UMNO bagi mengekang budaya rasuh dalam parti tertua orang melayu ini.

GMS ini bakal diterajui sendiri oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sendiri kerana bukan mudah untuk melaksanakan agenda besar dalam UMNO ini. Setakat artikal ini ditulis tentangan sengit daripada sayap-sayap UMNO telah berkumandang. Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Hisahmuddin Tun Hussin telah menyatakan agenda GMS ini seolah-olah UMNO dalam keadaan tertekan walaupun sememangnya telah terbukti tertekan sekarang. Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional 3-0 kepada Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bota telah menjadikan agenda GMS ini benar-benar menusuk kalbu. Ketua Puteri UMNO Dato’ Noraini Ahmad pula menegaskan agenda GMS ini tidak sesuai kerana belum ada lagi ahli Puteri UMNO yang disabit bersalah kerana rasuah dalam sayap tersebut.

Persoalannya mengapa bakal Pengerusi GMS ini menegaskan untuk memansuhkan sayap-sayap UMNO yang kononya telah banyak berjasa kepada UMNO. Tidak mungkin bakal Pengerusi GMS ini mencadangkan sesuatu yang tidak munasabah kepada UMNO. Bakal Pengerusi GMS ini adalah tokoh veteran dalam UMNO yang pernah menjadi Menteri Pertahanan dahulu. UMNO melantik beliau sebagai Pengerusi Displin UMNO kerana imejnya yang bersih dan dihormati oleh orang-orang UMNO. Jika cadangan bakal Pengerusi GMS ini sudah tersasar daripada usaha untuk memartabatkan UMNO maka ada baiknya beliau dipecat sahaja daripada jawatan yang disandang. Setelah dipecat mungkin bakal Pengerusi GMS ini boleh berkhidmat melancarkan agenda GMS setanding dengan Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakkan Memansuh PPSMI (GMP). Ataupun lebih hebat lagi bakal Pengerusi GMS ini boleh bergabung dengan suatu gerakkan baru yang bakal muncul yang juga bakal di pimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad iaitu Gerakkan Memansuhkan UMNO atau singkatnya GMU.

Wednesday, January 28, 2009

LAPORAN DAN CADANGAN PENGURUSAN RUMAH PANGSA TAMAN CEMAPAKA, TAMPOI, JOHOR

Perbincangan bersama J/K Bertindak Tmn Cempaka, Tampoi


Laporan ini telah diambil daripada Ketua-ketua blok di Taman Cempaka, Tampoi, Johor. Hasil daripada laporan ini telah dicadangkan bebarapa perkara kepada pihak kerajaan. Laporan dan cadangan ini telah diurus dan dikompilasi oleh Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

A. LAPORAN DARIPADA BLOK-BLOK RUMAH PANGSA TAMAN CEMPAKA

1. Masalah kutipan yuran bulanan
a. Lebih kurang 50 – 60% pemilik tidak menjelaskan yuran bulanan blok.
b. Punca kesukaran mendapatkan yuran bulanan adalah kerana pemilk kurang kerjasama, sukar dihubungi dan tidak bertanggungjawab
c. Kesukaran pihak Management Committee (MC) mendapatkan maklumat pemilik khususnya yang telah berpindah, telah dijual atau telah meninggal dunia.
d. Ketidakmampuan MC menguatkuasakan peraturan kepada pemilik rumah yang ingkar membayar yuran bulanan.

2. Masalah sistem paip blok.
a. Paip daripada luar rumah yang telah berkarat menyebabkan air berwarna kuning
b. Tekanan air rendah akibat paip di luar rumah tersumbat.

3. Masalah tangki air blok
a. MC tidak berkemampuan untuk mencuci tangki menyebabkan ianya menjadi kotor, uzur dan banyak kesan-kesan karat.

4. Masalah kebersihan blok
a. Penduduk kurang kesedaran sivik membuang sampah merata-rata

5. Masalah sampah sarap dan pengunaan tong sampah
a. Tong sampah besar kotor & berkarat
b. Salur sampah berlubang dan berkarat.
c. Tong sampah tempat pembiayakan tikus dan berbau busuk
d. Pihak kontraktor lewat mengangkat sampah menyebabkan bau busuk dan sampah berselerak.
e. Ruang pembuangan sampah terlalu kecil dan uzur.

6. Masalah kebocoran bumbung blok
a. MC tidak mampu menyelenggara bumbung yang bocor kerana kos yang tinggi
b. Kayu pemanis/gelegar yang sudah reput. Jika patah ia akan membahayakan penduduk.
c. Berlaku kebocoran sehingga rumah tingkat teratas dimasuki air.

7. Masalah longkang sekitar blok
a. Ada penduduk tidak bertanggungjawab menyimen longkang sehingga air bertakung.
b. Pembangunan kawasan sekitar menyebabkan pasir dan tanah merah mengalir ke kawasan blok
c. Longkang tidak terurus.
d. Berlaku pemendapan tanah menyebabkan longkang pecah
e. Setelah longkang pecah berlakunya hakisan dan menyebabkan tanah runtuh

8. Masalah penutup pembentungan sekitar blok.
a. Kebanyakan hilang dicuri orang tidak bertanggungjawab.

9. Masalah bekalan elektrik dan pendawaian elektrik
a. Terdapat wayar yang terjuntai dan tidak teratur kerana penutup wayar telah berkarat dan rosak

10. Masalah jenayah dan sosial sekitar blok
a. Ramai penagih dadah di sekitar blok
b. Sering berlaku kecurian hartabenda dan kenderaan.
c. Terdapat masalah pecah rumah
d. Terdapat anak muda Melayu-Islam yang melepak, merokok dan berpakaian menjolok mata
e. Terdapat anak muda liar yang menggunakan rumah kosong tempat mereka melakukan perkara tidak bermoral.

11. Masalah pendatang asing tinggal di blok.
a. Pendatang asing yang menyewa di kawasan blok sering membuat bising.
b. Pendatang asing suka berkumpul ramai-ramai sehingga menakutkan penduduk.
c. Terdapat pendatang asing tinggal bercampur lelaki dan perempuan.
d. Pendatang asing sangat kurang kesedaran sivik, membuang sampah merata-rata dan sering berlaku pergaduhan.

12. Masalah jalan dalam kawasan blok
a. Jalan dalam kawasan blok banyak yang berlubang dan tidak rata.
b. Cat tempat letak kenderaan sudah luntur.
c. Tempat letak kenderaan yang terhad.

13. Masalah kebocoran dinding blok
a. Pihak MC tidak mampu membuat penyelenggaraan dinding yang bocor khususnya di bahagian penyambungan.
b. Kebocoran menyebabkan kulat dan berbau busuk

14. Masalah cat blok agar lebih menarik
a. Terdapat dinding-dinding yang telah diconteng.
b. Cat yang sedia ada telah lusuh dan mencacatkan pemandangan.
c. Terdapat pokok kayu di dinding bangunan yang perlu diracun akarnya.
d. MC tidak mampu mengecat bangunan disebabkan kos yang tinggi.


15. Masalah kemudahan taman permainan kanak-kanak, padang bola dan taman rekerasi
a. Banyak kemudahan taman permainan telah pecah, rosak, terbiar dan tidak selamat lagi. Tiada penyelengaraan dibuat terhadap taman permainan ini.
b. Terdapat tempat permainan tertentu telah dikuasai oleh pihak tertentu sahaja.
c. Tiada padang bola yang boleh dibanggakan penduduk.

16. Lain-lain masalah
a. Dinding dan bumbung tangga yang bocor bila hujan
b. Pagar besi koridor telah rosak dan boleh membahayakan penduduk.
c. Suruhanjaya Bangunan (COB) tidak berperanan secara proaktif membantu MC.


B.CADANGAN-CADANGAN UNTUK TINDAKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB

Cadangan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu :

1 .Peruntukan dan Kemudahan Asas


a. Mendirikan perhentian bas sekolah berhampiran blok 10, 11, 12 dan 13.
b. Mewujudkan Pusat Aktiviti Sukan Rakyat yang membolehkan anak-anak muda menghabiskan masa lapang dengan cara yang berfaedah.
c. Mendirikan pondok polis di kawasan Taman Cempaka.
d. Memberi elaun berpatutan kepada MC yang bertanggungjawab menjaga ratusan penduduk bagi sesebuah blok
e. Memohon pihak kerajaan negeri di bawah budget kerajaan tempatan memperuntukkan kewangan tahunan kepada setiap blok untuk membantu MC membuat penyelenggaraan bangunan di rumah pangsa.
f. Menyediakan alat bantuan kebakaran di setiap tingkat blok.
g. Menaiktaraf sistem jalan raya di blok-blok dan persekitaran Taman Cempaka.

2. Pentadbiran & Penyelengaraan Bangunan

a. COB didesak melantik seorang pegawai khusus bagi menjaga sesebuah perumahan rumah pangsa.
b. COB didesak sentiasa membuat pemantauan berkala di rumah-rumah pangsa.
c. Mewujudkan mesyuarat berkala antara MC, COB dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
d. Memberi latihan secukupnya kepada MC.
e. Meningkatkan imej MC.
f. Mewujudkan mekanisma jaringan antara MC, pihak polis dan pihak berkuasa agama bagi mengekang gejala sosial di kalangan penduduk.
g. Mewujudkan mekanisma mengekang pendatang asing mengganggu penduduk tempatan.
h. Menukar tarif elektrik di koridor rumah pangsa daripada perdagangan kepada perumahan.
i. Memperkasakan MC melalui kewujudan kesatuan antara MC-MC sesebuah taman rumah pangsa.
j. Menstruktur semula kaedah bayaran cukai tanah di mana setiap pemilik rumah membayar mengikut rumah masing-masing dan bukannya diuruskan dan dibayar oleh MC.
k.Mengkaji semula kadar bayaran cukai tanah di rumah pangsa kepada kadar yang munasabah.
l. Memohon Akta Hakmilik Strata 1985 dipinda agar penyelengaraan pendawaian elektrik, telefon dan tangki air termasuk paip diserahkan kepada pemegang konsesi.
m. Seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan sidang Dewan Undangan Negeri Johor pada November 2008 bahawa rumah pangsa Taman Cemapaka akan memperolehi peruntukan cat pada bulan Mac 2009 maka segala masalah dibawah perlu diselesaikan bersama iaitu :
i. Kebocoran dinding dan bumbung bangunan
ii. Pokok kayu yang tumbuh di dinding bangunan
iii. Pendawaian elektrik yang rosak.
iv. Kerosakan paip air dan paip bomba.

Jika perkara di atas tidak diselesaikan bersama maka tidak bermaknalah bangunan tersebut dicat.


C. Penguatkuasaan

a. Memohon COB menyediakan khidmat nasihat guaman percuma kepada MC.
b. Memohon COB membantu MC membuat penguatkuasaan seperti diperuntukkan dalam Akta Hakmilik Strata 1985.

D. Kemasyarakatan dan kesedaran sivik penduduk

a. Mewujudkan mekanisma bagi seluruh penduduk agar dapat berinteraksi antara satu sama lain.
b. Membuat pelbagai kempen kesedaran sivik di kalangan penduduk.




Yang Benar



MISBARI BIN SIMUN
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Rumah Pangsa Taman Cempaka


Di kompilasi oleh
Pusat Aduan Rakyat
Zon Kempas

Kenyataan Media GMP

PERLANCARAN GERAKKAN MEMANSUH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SAINS & MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS(GMP)


Gerakkan Memansuh Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya pada hari sabtu 31.01.09 jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tengku Abd Rahman, Kuala Lumpur. Keputusan perlancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20.01.09 yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP. Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakal turut hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan NGOs. Semua mereka yang menyokong perjuangan GMP dijemput hadir khususnya yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.

Perlancaran ini adalah aktiviti pertama GMP yang dibuat secara terbuka. Selepas ini road-show ke negeri-negeri akan dilaksanakan pada bulan Februari 2009. Mesyuarat bersama pengerak-pengerak diperingkat negeri akan di adakan pada hari jumaat 30.01.2009 di Kuala Lumpur. Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengapa PPSMI mesti dimansuhkan seterusnya mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama dalam Himpunan 100 ribu di Istana Negara pada sabtu 7hb. Mac 2009.

Penyerahan memorandum pemansuhan PPSMI kepada semua ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada selasa 17hb. Februari 2009 di hadapan Parlimen. Sebelum ini GMP pernah menyerahkan memorandum pemansuhan PPSMI kepada Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Terengganu. Usaha untuk menyerahkan memorandum kepada Barisan Nasional(BN) gagal kerana tidak diberi ruang oleh pimpinan BN. Memorandum ini adalah salah satu usaha pihak GMP untuk mendesak pihak kerajaan dan pembangkang memperdebatkan isu ini dalam parlimen dalam waktu yang terdekat. Pemansuhan dasar PPSMI perlu dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat. Jika tidak, generasi muda khususnya di luar bandar bakal berdepan dengan pelbagai masalah pada masa akan datang.





Hasni Bin Abas
Setiausaha
Badan Induk Gerakkan Memansuh PPSMI (GMP)
012-2612316

* * Hasni Bin Abas juga merupakan Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka

Tuesday, January 27, 2009

Mari Kita Jayakan Pelancaran GMP


Mari kita jayakan pelancaran Gerakan Memansuh Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) yang akan di adakan seperti berikut :


1. Tarikh : Sabtu 31.1.09

2. Tempat : Sogo, Kuala Lumpur
3. Masa : 3.00 petang
4. Perasmi : Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi GMP(Bekas Ketua Pengarah DBP)
5. Tetamu : Semua badan gabungan GMP daripada NGOs, Parti Politik & Pejuang-pejuang bahasa.
Matlamat GMP adalah untuk mengadakan Himpunan 100 Ribu Di Istana Negara pada 7 Mac 2009 - Sabtu. Semua dijemput hadir.

Friday, January 23, 2009

7 Mac 2009 Himpunan 100 Ribu & 31Hb Mac 2009 Perlancaran GMP

Mesyuarat Badan Induk Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) telah bersetuju untuk mengadakan himpunan 100 Ribu Mansuh PPSMI pada 7Hb Mac 2009 di Istana Negara. Perlaksanaan himpunan ini akan di laksanakan oleh Jawatankuasa Perlaksana yang di pimpin oleh Sdr. Hasni Abas. Mesyuarat badan induk ini telah dihadiri oleh wakil-wakil NGOs, parti politik dan pejuang-pejuang bahasa. Antaranya adalah Dato' Dr Hassan Ahmad, A. Samad Said, Dr Shahril Mohammad Zain, Prof Abdullah Hassan, YB. Nasaruddin Mat Isa dan ramai lagi.
Pada 31hb Januari 2009, Pelancaran GMP akan di adakan peringkat nasional bertempat di Sogo, Kuala Lumpur bermula jam 3.00 petang. Pelancaran diperingkat negeri-negeri akan di adakan serentak seluruh negara.

Penduduk PPR Kempas Permai Minta Bantuan Perpindahan


Kenyataan Media Jumaat 23hb Januari 2009
Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas

Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas telah menerima aduan daripada penduduk blok Seroja, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Baharu berkenaan kesulitan mereka terhadap arahan berpindah ke blok A/B/C selaras dengan tawaran penyewaan rumah tersebut daripada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor(Bahagian Perumahan).

Penduduk yang telah tinggal di sini seramai 100 keluarga telah ditawarkan tempat tinggal di blok Seroja sejak tahun 2006. Pada masa tersebut penduduk di sini asalnya tinggal di perkampungan setinggan di bawah tapak PPR yang ada sekarang. Rumah-rumah perkampungan setinggan ini telah dirobohkan tanpa sebarang pampasan daripada mana-mana pihak. Semasa proses perpindahan tahun 2006 mereka telah mengalami kerugian peralatan rumah seperti almari, meja, kerusi, peralatan elektrik dan lain-lain. Sebahagian penduduk terpaksa mengeluarkan kewangan sendiri untuk memindahkan barang-barang mereka. Bantuan daripada pihak kerajaan begitu terhad pada masa tersebut.

Setelah mereka berpindah ke PPR, atas faktor-faktor keselamatan dan keselesaan sebahagian penduduk telah memasang secara persendirian gril pintu & tingkap, tikar getah, lampu, kipas dan lain-lain. Penduduk di sini rata-ratanya berpendapatan kecil. Sebahagian daripada mereka adalah warga tua, berpenyakit dan cacat. Oleh itu arahan perpindahan daripada pihak berkuasa akan menyulitkan mereka.

Berikut adalah dinyatakan kos-kos yang terpaksa ditanggung akibat proses perpindahan .

a. Kerugian akibat kerosakkan barang : RM 500
b. Pasang gril pintu & tingkap : RM 1,000
c. Tikar getah : RM 200
d. Tambahan pendawaian elektrik : RM 200
e. Upah pindah(pekerja & lori) : RM 300
f. Deposit rumah baru : RM 840
g. Lain-lain : RM 200

Jumlah RM 3, 240

Anggaran kos keseluruhan yang bakal ditanggung akibat perpindahan baru ini adalah RM 3,240.

Saya bagi pihak penduduk-penduduk blok Seroja PPR Kempas Permai merasa simpati terhadap kesulitan yang mereka hadapi. Oleh itu saya merayu kepada pihak-pihak berkenaan agar dapat melaksanakan tindakan-tindakan seperti di bawah :

Membuat perbincangan dengan Jawatankuasa Penduduk yang telah dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas sebenar terhadap masalah perpindahan ini.
Memberi Bantuan Perpindahan berbentuk wang bagi setiap keluarga yang terlibat.
Memberi perlepasan sewa kepada penduduk yang benar-benar tidak berkemampuan.
Menyediakan kemudaan perpindahan kepada penduduk


Sekian Terima Kasih



Yang Benar,




SUHAIZAN BIN KAIAT
Penyelia
Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
019-7285174

Tuesday, January 20, 2009

Mesyuarat Kali Pertama Badan Induk Gerakan Memansuh PPSMI (GMP)

Suatu mesyuarat Badan Induk Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) akan diadakan pada malam ini di Pejabat S/U Kerajaan Negeri Selangor jam 8.00 malam. Dianggarkan sekitar 60 orang akan hadir mewakili NGOs, Parti Politik dan pejuang bahasa. Antara yang akan hadir adalah Dato' Dr Hassan Ahmad, YB. Nasaruddin Mat Isa, YB. Puad Zarkashi, Sdr. Mustafa Kamil Ayub, Cikgu Azmi, Prof Dr Shahril Mat Zain, Sdr. Hasni Abas, Cikgu Nordin Mahmod dan ramai lagi.

Antara keputusan-keputusan yang akan di buat adalah tarikh himpunan 100 ribu, keangotaan badan induk, tarikh roadshow negeri-negeri dan pertemuan dengan wartawan dan bloggers. Permit perhimpunan, perlancaran GMP dan perkara-perkara berkaitan himpunan akan dibincangkan pada malam ini. NGOs dan pejuang bahasa yang berminat untuk hadir, sila berhubung dengan S/U GMP Sdr Hasni 012-2612316 atau Penolong S/U GMP Sdr. Suhaizan Kaiat 019-7285174

400 Ribu Bakal Ketiadaan Perkerjaan

Seramai 45,000 pekerja sektor pembuatan di seluruh negara terpaksa 'diberhentikan' sementara menjelang Tahun Baru Cina, minggu depan kerana kebanyakan kilang menutup operasi sehingga tiga minggu bagi mengurangkan kos akibat krisis ekonomi global. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pengusaha kilang berkenaan mengambil tindakan itu kerana kurang menerima tempahan.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998. Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Ramai berpendapat tempoh 6 bulan kehadapan ini tempoh yang kelam kepada ramai pekerja-pekerja di seluruh negara. Persoalannya kepada siapakah tempat mereka mengadu. Apakah peranaan kerajaan untuk membantu mereka. Jika mereka tidak dibantu maka masalah sosial akan menjadi lebih serius. Antara cadangan-cadangan jangka pendek bagi mengatasi pembuangan pekerja adalah :

1. Kerajaan memberi elaun RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan selepas kehilangan pekerjaan. Ini merupakan sumbangan daripada pihak kerajaan sementara mendapat pekerjaan baru.

2. Pihak bank memberi kelonggaran dalam tempoh masa 6 bulan kepada peminjam-peminjam yang kehilangan pekerjaan.

3. Kerajaan perlu menyediakan khidmat rundingan untuk mereka yang dibuang kerja mencari altentif keluar daripada masalah yang dihadapi.


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Pandangan 2 Calon Timbalan Presiden UMNO Mengenai PRK K.Terengganu

Pandangan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

" Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam. Faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu. Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan. BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga. Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana. "

Pandangan Tan Seri Muhyiddin Yassin

" Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu. Faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu. Mungkin UMNO dilihat belum bersedia untuk memenuhi apa yang rakyat fikir baik. Jika tidak rakyat akan anggap kenyataan-kenyataan UMNO sebagai retorik "



Kesimpulannya : Kalau ada sepuluh orang macam Ali Rustam Insya-Allah menang Pakatan Rakyat pada 2013. Tapi kalau ada sepuluh orang macam Muhyiddin Yassin maka beratlah Pakatan Rakyat. Oleh itu sokonglah Ali Rustam jadi Timbalan Presiden UMNO.

Monday, January 19, 2009

Puad Zarkashi hadiri mesyuarat Gerakan Mansuh PPSMI(GMP)

Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Puad Zarkashi bersetuju menghadiri mesyuarat jawatankuasa induk Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor malam esok.Bagaimanapun, Puad ketika dihubungi Malaysiakini berkata, kehadirannya itu bukan mewakili Umno, tetapi sebaliknya atas kapasiti individu."Kita perjuangkan bahasa (Melayu).

Kalau takut, saya tidak hadir. Ini adalah demi perjuangan," katanya yang juga ketua bahagian Umno Batu Pahat.Puad menerima surat undangan rasmi menyertai mesyuarat itu daripada GMP minggu lalu.Ketika ditanya sama ada beliau tidak risau sekiranya menjadi sasaran kritikan tajam tokoh pembangkang yang turut dijadual hadir dalam mesyuarat tersebut, Puad berkata: "Tidak ada masalah. Isu ini (PPSMI) tidak boleh dipolitikkan.

Isunya bukankah siapa penganjurnya. Ini adalah soal bersama, dan perlu dibincangkan secara jujur."Malaysiakini difahamkan, beberapa tokoh pembangkang - antaranya Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa; Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad - akan turut hadir.

Perhimpunan raksasaWakil rakyat bebas, Datuk Ibrahim Ali difahamkan turut dijemput. Beliau juga merupakan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).Ditanya mengenai strategi GMP yang mahu melancarkan perhimpunan besar ala-Bersih Mac ini bagi menuntut pemansuhan dasar itu, Puad berkata, perkara itu bergantung kepada penjelasan GMP esok.Tambahnya, beliau perlu mendengar dahulu penjelasan gabungan itu dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad malam esok sebelum membuat sebarang pendirian."Kita kena tengok dulu apa strateginya," kata Puad yang layak bertanding kerusi Majlis Tertinggi Umno Mac depan.

Beliau bagaimanapun optimis, Umno sebagai parti terbesar mewakili orang Melayu, akan memainkan peranannya mengubah dasar yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu itu."Cuma ada faktor-faktor masa yang perlu dipertimbangkan. Lagi pun, ini adalah permintaan rakyat," katanya.

GMP dianggotai sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang bagi menuntut pemansuhan dasar PPSMI.Gabungan itu mencetuskan kegemparan apabila merancang melancarkan perhimpunan raksasa ala-Bersih Mac ini untuk menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/96772

Perbandingan Amalan Rasuah UMNO & PAS Dalam PRK Kuala Terengganu

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu mendakwa berlakunya amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut. Pengerusi NIEI adalah En Yunus Ali

UMNO & BN
1. Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
2. Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
3. Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
4. Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
5. Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
6. Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
7. Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
8. Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
9. Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
10. Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
11. Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
12. Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
13. Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
14. Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
15. Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).
16. Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.
17. Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.
18. Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.
19. Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

20. Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

21. Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.
22. RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
23. Penggantian atap-atap.
24. Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

PAS DAN PAKATAN RAKYAT

1. Pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu
2. Khidmat percuma gunting rambut
3. Rundingan kesihatan pakar homeopati.

Sunday, January 18, 2009

Kekalahan Paling Mengaibkan, UMNO di penghujung usia

Tanda-tanda kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terenganu sudah dapat dijangka bermula sehari sebelum pilihanraya diadakan. Tanda-tanda ini bermula dengan penarikan diri Datuk Mat Razali Kassim sebagai Pengurus Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu disebabkan tuduhan berkempen dan mengugut kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. Debat yang sepatutnya diadakan sebelum pilihanraya antara kedua-dua calon UMNO dan PAS dibatalkan saat akhir kerana calon UMNO Dato’ Wan Farid tidak hadir dalam perdebatan Isu Royalti. Penyokong-penyokong UMNO terutamanya anak muda tidak segairah penyokong anak muda dalam PAS. Kenderaan anak-anak muda PAS megah mengebarkan bendera hijau putihnya ke sana sini. Malangnya tidak banyak kenderaan penyokong UMNO berbuat demikian. Pada masa pengundian hampir kesemua pusat-pusat pengundian dipenuhi oleh perayu-perayu undi yang penuh bersemangat tidak kira panas terik yang mengenai tubuh mereka. Penyokong Melayu, Cina dan India daripada Pakatan Rakyat semacam tidak tahu penat menarik sokongan pengundi-pengundi Kuala Terengganu. Pengumuman keputusan malam pengundian itu cukup untuk kita mengingatkan kebesaran Allah. Usaha-usaha secara fizikal telah disepadukan dengan doa dan munajat kepadaNya memohon kemenangan. Akhirnya PAS menang dengan majoriti 2631. Dalam pilihanraya umum ke-12 PAS kalah dengan majoriti 628. Satu peningkatan majoriti lima kali ganda. Kemenangan PAS ini telah memberi aib luar biasa kepada UMNO.

Aib yang pertama adalah kekalahan UMNO di Kuala Terengganu merupakan kekalahan tiga kali berturut-turut dalam tempoh 11 bulan. Kekalahan pertama pada pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dimana UMNO dan Barisan Nasional kalah di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Kekalahan kedua adalah pada 26 Ogos 2008 di Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menang tetapi beliau mendapat majoriti lebih banyak lagi dibandingkan dengan kejayaan Datin Seri Dr.Wan Azizah pada pilihanraya umum 2008. Kekalahan ketiga adalah pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu di mana UMNO gagal mempertahankan kemenangannya dalam pilihanraya umum 2008. Kekalahan tiga kali berturut-turut ini bagaikan sudahlah jatuh ditimpa tangga pula, sudah ditimpa tangga dipatuk ayam pula. Begitulah hinanya UMNO.

Aib yang kedua adalah Dato’ Wan Farid calon BN di Kuala Terengganu adalah calon Pak Lah, Presiden UMNO calon yang dikemukakan oleh Najib dan Mohamad Said tertolak dengan sendirinya.Calon PAS di Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Semua senarai yang diberi oleh AJK PAS Pusat dan Pemuda PAS Negeri Terengganu tertolak dengan sendirinya. Calon kedua-dua parti adalah calon presiden masing-masing. Bolehlah juga dianggap bahawa pertandingan di Kuala Terengganu sebagai pertandingan antara Presiden UMNO dan PAS. Oleh kerana PAS yang menang maka bolehlah disimpulkan bahawa pandangan Presiden PAS lebih tajam daripada pandangan Presiden UMNO. Apabila pandangan Presiden UMNO dilihat lemah maka mungkin benar kata-kata sebahagian ahli UMNO bahawa Presiden UMNO terlalu lemah untuk memimpin parti orang Melayu. UMNO menjadi begitu aib disebabkan mempunyai Presiden selemah Pak Lah.

Aib yang ketiga adalah Dato’ Wan Farid adalah Ketua Bahagian UMNO. Y.B Mohd Abdul Wahid Endut adalah YDP PAS Kawasan atau dalam UMNO dipanggil Ketua Bahagian. Ini bermaksud bahawa pertembungan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu adalah pertembungan antara dua ketua di peringkat akar umbi. Oleh kerana PAS yang menang maka PASlah yang sebenarnya pemimpin akar umbi. Calon UMNO adalah calon yang kurang diterima oleh akar umbi. Begitulah aibnya kekalahan ini kerana pemimpin UMNO di peringkat bahagian tidak diterima oleh akar umbi masyarakat.

Aib yang keempat adalah Ketua Perang UMNO di Kuala Terengganu adalah Dato’ Seri Najib Tun Razak, bakal Perdana Menteri Malaysia selepas bulan Mac 2009(Itupun kalau tak de aral melintang). Kekalahan di Kuala Terengganu akan menyebabkan rakyat berfikir apakah Najib layak untuk menjadi Presiden UMNO. Adakah Najib layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bagaimana mungkin Najib yang tidak mampu membantu kemenangan UMNO di Kuala Terengganu boleh menjadi Presiden UMNO. Begitulah aibnya bakal Presiden UMNO.

Aib yang kelima adalah UMNO hanya menang dengan undi pos sahaja. UMNO mendapat undi pos sebanyak 1039, PAS memperolehi 86 undi dan bebas 1 undi. Senario ini berlainan dengan akar umbi yang menyokong PAS. Maksudnya sokongan undi pos adalah tidak betul. Ada unsur tekanan, ugutan dan kongkongan. Anggota keselamatan yang mengundi secara pos tidak bebas, tidak sebagaimana maksud pilihanraya itu di adakan bagi memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemerintah. Oleh itu segala kemenangan UMNO di mana di situ ada undi pos yang banyak adalah tidak sah dan tidak tepat. Tidak juga menggambarkan sokongan rakyat yang sebenar. Barangkali itulah sebabnya mengapa UMNO bermati-matian menyokong perlaksanaan undi pos sebagaimana bermati-matian UMNO menyokong ISA. Bayangkan jika Kuala Terengganu ada kem tentera yang bilangannya 4000 orang. Besar kemungkinan UMNO akan dapat 3,500 undi PAS dapat 450 undi, bebas 50. Undi 3, 500 di tolak 2631 berjumlah 869. Jika keadaan ini berlaku maka UMNO menang dengan majoriti 869. Oleh itu temberang UMNO terhadap undi pos telah terdedah. Aibnya UMNO mempertahan undi pos.

Aib yang keenam adalah kekalahan UMNO adalah disebabkan masalah dalaman akibat percaturan antara golongan Mohamad Said Menteri Besar sekarang dengan Idris Jusoh bekas Menteri Besar, percaturan antara calon-calon Timbalan Presiden, naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ahli Majlis tertinggi. Tidak dapat dibayangkan macamana berceramuknya UMNO akibat perpecahan ini. UMNO tidak mampu bersatu melaksanakan keputusan yang telah dibuat. Masing-masing menaruh prasangka anatara satu sama lain.Bagaimana mungkin UMNO selemah ini mampu mentadbir negara yang kita sayangi ini.

Aib yang ketujuh adalah merosotnya sokongan masyarakat cina kepada UMNO dan Barisan Nasional. Selama ini mereka mendabik dada bahawa masyarakat cina dan india bersama mereka. Isu-isu seperti negara Islam dan hudud mampu menakutkan masyarakat ini. Rupa-rupanya senajata ini sudah menjadi tumpul setumpulnya senjata liwat terhadap Anwar Ibrahim. Semakin banyak isu liwat disiarkan semakin banyak sokongan diperolehi. Semakin banyak isu hudud di kemukakan, semakin banyak sokongan diperolehi. Oleh itu peralihan sokongan masyarakat bukan melayu ini telah banyak menaibkan UMNO dan BN.

Kekalahan ini merupakan suatu aib yang paling besar kepada UMNO sejak ia ditubuhkan. Terdapat banyak aib yang dapat diseraikan dan aib-aib ini akan membawa kepada UMNO seperti yang disebut oleh Musa Hitam bekas Timbalan Presiden UMNO bahwa UMNO sedang dilanda sindrom sakit tua yang tiada ubat kecuali mati sahaja. Maka bersedialah pimpinan PAS akan kecenderungan ahli dan pemimpin UMNO yang akan berpindah ke dalam PAS pada bila-bila masa. Bersedialah pemimpin PAS di negeri-negeri untuk membuat apa yang perlu bagi persiapan pilihanraya ke-13. Masanya sudah semakin hampir.

Friday, January 16, 2009

UMNO Diseru Bersama Himpunan 100 Ribu Gerakan Mansuh PPSMI(GMP).

Gerakan Mansuh PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris) atau singkatannya GMP telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Terengganu pada 15hb Januari 2009. Memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi GMP Dato’ Dr Hassan Ahmad telah diserahkan oleh Timbalan Pengerusi GMP yang juga pakar matematik dan fizik Dr. Shahrin Md Zain kepada calon PR bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut. Respon yang baik telah ditunjukkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang telah berjanji akan memansuhkan PPSMI jika PR diberi kuasa memerintah negara ini. Selepas ini GMP akan berusaha menyerahkan memo ini kepada Perdana Menteri pula.

Setakat ini lebih 30 NGOs dan parti politik bersetuju bersama dalam GMP yang akan mengadakan Himpunan 100 Ribu di hadapan Istana Negara. Terbaharu NGOs pendidikan cina dan tamil akan bersama dalam GMP. Parti-parti pembangkang seperti PAS dan PKR telah lama memberikan sokongan kepada GMP. Tokoh-tokoh pejuang bahasa seperti bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dato’ Dr Hassan Ahmad, Peyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-Cina, Universiti Pengajian Asing Beijing Prof Dr. Awang Sariyan, bekas Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim , pakar matematik dan fizik Dr. Sharin Md Zain, Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Abdullah Hassan dan ramai lagi telah menunjukkan bantahan terhadap PPSMI. GMP yang berusia bawah setahun jagung telah mendapat sambutan luar biasa. Sebenarnya NGOs, parti politik dan pejuang-pejuang bahasa ini telah lama memendam rasa terhadap kesombongan pihak kerajaan. Segala usaha melalui rundingan seperti persidangan dan resolusi tidak dindahkan langsung oleh pihak kerajaan. Oleh itu mereka berpendapat tekanan kepada pihak kerajaan perlu ditingkatkan melalui himpunan ala Bersih.

Persoalannya, ditengah-tengah kegairahan NGOs, parti politik dan pejuang-pejuang bahasa membantah PPSMI, dimanakah suara-suara keramat pemimpin politik melayu bernama UMNO. Pihak Sekretariat GMP masih belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana bahagian atau cawangan UMNO. Setakat ini hanya UMNO Johor sahaja yang menunjukkan bantahannya terhadap PPSMI. Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman seperti yang tersiar dalam Utusan Malaysia pada 27hb Disember 2007 dengan tegas menyatakan batahannya terhadap PPSMI. Walaubagaimana pun batahan setakat kenyataan media dan persidangan-persidangan seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Johor telah terbukti tidak mampu mendesak pihak kerajaan persekutuan mengubah pendirian mereka. Oleh itu saya menyeru kepada saki baki ahli dan pemimpin UMNO yang ada perasaan sayangkan bangsa melayu sepertimana matlamat perjuangan asalnya, marilah bersama menganggotai GMP. Marilah kita bersama dalam Himpunan 100 Ribu Mansuh PPSMI. Marilah kita jayakan.


Yang Benar,



Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat

Insya Allah PAS Menang Di Kuala Terengganu

Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu mendapat satu kemenangan moral pertama apabila telah berjaya mendesak Pengurus Pilihanraya yang juga Dato'Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim digugurkan daripada jawatannya. Desakkan ini adalah disebabkan beliau telah didapati berkempen dan mengugut kakitangan di bawahnya dengan berkata "Kalau nak kena buang kerja, sokonglah pembangkang" . Akhirnya awal malam ini Datuk Mat Razali Kassim telah menarik diri daripada jawatan tersebut. SPR telah menerima penarikkan tersebut dan mengantikannya dengan Wan Mustafa Wan Hassan. Maknanya apa yang diperkatakan oleh PAS itu betul seterusnya apa yang diperkatakan oleh Najib itu salah. Najib pernah berkata bahawa BN tidak berkempen kepada kakitangan kerajaan tetapi kerajaan berhak untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja kakitangan kerajaan.

Kemenangan moral kedua adalah apabila calon BN tidak datang dalam perdebatan terbuka bersama caon PR di Kuala Terengganu mengenai isu royalti minyak. Maknanya Wan Farid takut dengan hujah-hujah daripada Abd Wahid Endut.

Berdasarkan kepada sambutan penduduk kepada PR dan tambahan 2 kemenangan moral ini, maka jika UMNO gagal melancarkan senjata terakhir pada hari jumaat atau hari sabtu maka Insaya-Allah PAS menang di Kuala Terengganu.

Thursday, January 15, 2009

Penyerahan Memo Mansuh PPSMI Berjaya

Gerakan Mansuh PPSMI(GMP) yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Prof Dr. Shahrin Bin Mohd Zain telah berjaya menyerahkan memo kepada YB Abddul Wahid Endut calon PR di Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan politik dan NGOs. Dato' Seri Anwar telah berjanji jika calon PAS menang di Kuala Terengganu maka isu PPSMI akan dijadikan ucapan sulong beliau di parlimen. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menjelaskan bahawa pimpinan yang memusnahkan bahasanya sendiri adalah pemimpin yang tiada jiwa dan tidak berhati perut. GMP akan cuba berusaha untuk menyerahkan memo tersebut kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO.

Wednesday, January 14, 2009

Keputusan pelaksanaan PPSMI tahun depan : Hishamuddin Tun Hussin

Walaupun pelbagai pihak menentang (Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuk pejuang-pejuang bahasa tetapi Hishamuddin tetap dengan melambat-lambatkan keputusan pemansuhan PPSMI.

Berita Harian 8.1.09

KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan tahun depan. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan dengan membuat kajian teliti serta pertimbangan mendalam terhadap perkara itu.

"Kita ada masa kerana apa juga keputusan hanya boleh dilaksanakan tahun depan. Saya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan pelbagai pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kajian pihaknya terhadap pandangan pelbagai pihak mengenai isu pelaksanaan dasar berkenaan, terutama rumusan daripada hasil lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang diadakan. Persidangan Meja Bulat PPSMI terkini yang berlangsung pertengahan bulan lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Pilihan itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada; menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah, tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah; memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah; menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah; dan penggunaan bahasa pengantar Sains serta Matematik ditentukan sekolah. Seterusnya, penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; serta pilihan memansuhkan subjek Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Bagaimanapun, kemelut PPSMI semakin meruncing apabila akhbar baru-baru ini melaporkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI, di samping berhasrat mengadakan 'perarakan keranda' bulan depan. Mengulas mengenainya, Hishammuddin menegaskan, tekanan dan ugutan tidak akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat mengenai masa depan PPSMI.

Dasar PPSMI bukan jaminan masa depan bahasa Melayu

Berita Harian 8.1.09

Oleh Dr Sharifudin Lubis

SYABAS dan tahniah diucapkan kepada Berita Harian kerana sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pelbagai pihak untuk memperkatakan mengenai nasib bahasa Melayu dalam menghadapi cabaran globalisasi. Sudah lama perdebatan berkisar isu ini dilayan dan pelbagai pandangan dipaparkan untuk perhatian segenap lapisan masyarakat. Pada detik mutakhir kini, isu paling utama ialah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan kaitannya dengan kelestarian bahasa Melayu serta taraf kedaulatannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran sudah membuat beberapa syor. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) juga sudah menyatakan pendiriannya dan terbaru, Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pelajaran juga bersuara. Semuanya membawa kepada dua situasi; bahasa Melayu akan terus hidup berdaulat atau mati terhina di bumi sendiri.

Kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian 31 Disember lalu, mengesahkan bahawa kuasa politiklah yang akan akhirnya menentukan hal ini dan begitu juga dengan segala hal yang sudah diputuskan sebelum ini. Segala-galanya kini di tangan pemimpin politik, khususnya Menteri Pelajaran dan anggota Kabinet. Jadi, sebelum apa juga pilihan dimuktamadkan, wajiblah pemimpin bermuhasabah dan sentiasa percaya bahawa keputusan yang diambil itu nanti akan terpahat sebagai catatan sejarah untuk rujukan generasi akan datang. Jika baik, anak cucu nanti akan menyanjung, tetapi jika sebaliknya, kita akan terhina sehingga akhir zaman. Ingatkah bagaimana pemansuhan tulisan Jawi dulu?

Isu ini bukan kecil. Pilihan yang dibuat bakal menentukan bukan saja soal bahasa Melayu semata-mata, malah juga soal bangsa, soal maruah, soal merdeka dan soal menjadi negara maju. Bahasalah nanti yang akan menentukan jenis bangsa kita. Bahasalah nanti yang akan menjadikan bangsa kita bangsa bermaruah, bukan bangsa peminjam. Bahasalah nanti yang akan membuktikan bangsa kita benar-benar sudah merdeka, merdeka fizikal dan merdeka mental. Bahasalah nanti yang akan membuktikan negara kita benar-benar menjadi negara yang maju dalam acuan kita sendiri. Belum berlaku dalam sejarah moden ini, ada negara maju menggunakan bahasa bangsa lain. Malah, Thailand yang jauh di hadapan dalam bidang pertanian berbanding negara kita, tidak pun menjadi bahasa asing sebagai wadah untuk mencapai kemajuan itu. Ketua Pengarah Pelajaran juga menyatakan bahawa kementerian tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Segala pandangan diambil kira kerana ia membabitkan masa depan generasi muda. Namun, apakah dasar PPSMI ini dulu tidak terburu-buru? Ketika dilaksanakan dulu, adakah soal masa depan generasi muda dan bahasa Melayu diambil kira? Apakah pandangan pelbagai pihak dipertimbangkan?

Kebetulan baru-baru ini, pada bahagian akhir satu program wawancara secara langsung di TV1, saya fikir Alimudin sudah memberi alasan salah mengenai pelaksanaan PPSMI. Kata beliau, PPSMI diharap dapat melonjakkan pencapaian rakyat Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik. Persoalannya, apakah Malaysia terlalu mundur dari segi itu? Kita baru saja menghantar angkasawan ke angkasa lepas. Sebelum pemilihan Dr Syeikh Muzaffar dan Dr Faiz Khaleed dibuat, beratus-ratus calon lain terpaksa melalui proses pemilihan yang sangat ketat. Tidakkah mereka boleh dijadikan tanda aras bahawa pencapaian rakyat Malaysia dalam ilmu Sains dan Matematik sudah setanding dengan negara peneroka angkasa raya? Berapa negara yang mampu berbuat demikian? Benar, kerajaan berbelanja besar untuk program itu, tetapi tidakkah itu tandanya kerajaan kita sendiri yakin akan kesediaan dan kemampuan rakyat? Saya tidak faham kenapa kita masih belum dapat mengiktiraf kejayaan kita dalam bidang Sains dan Matematik sehingga melaksanakan dasar PPSMI.

Beribu-ribu jurutera, arkitek, doktor, profesor, inventor, pakar dalam pelbagai bidang dilahirkan menerusi sistem pendidikan yang berteraskan bahasa Melayu. Jadi apakah sebenarnya matlamat PPSMI? Jika hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, kurikulum, guru-guru, strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P), infrastruktur bahasa Inggeris sajalah yang dipertingkatkan. Janganlah umpama 'lain yang sakit, lain yang diubat.' Saya juga hairan apabila Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa ada pakar luar negara yang dijemput untuk menilai sistem pendidikan kita. Apakah rasionalnya? Wajarkah kita mengiktiraf kepakaran mereka sedangkan latar mereka berbeza? Atas jemputan (dibayar dan ditaja?) dan pengiktirafan kita kepada mereka, sudah tentulah mereka akan melaporkan yang 'mulus-mulus' saja.

Tidakkah kita sedar bahawa kepakaran mereka tidak dapat menyelamatkan negara mereka daripada keruntuhan moral dan kesirnaan nilai? Masihkah kita percaya kepada idealisme mereka? Sudah merdekakah kita seluruhnya – fizikal dan mental? Kita perlu rasional. Kembalilah kepada hakikat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sudah berbuih mulut cendekiawan kita menyebutkan bahawa semua negara yang sudah mencapai status negara maju, membangun dan membina tamadun menggunakan bahasa mereka sendiri. Pada masa sama, mereka masih mampu mengeksport pakar dan kepakaran mereka ke luar negara. Kita sendiri menjemput beribu-ribu pakar luar negara membantu kita membangunkan Malaysia dan hampir tidak ada di kalangan mereka menggunakan bahasa Melayu untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Sebaliknya, kita pula terpaksa menelaah bahasa mereka untuk memahami mereka. Sudah merdekahkah kita? Satu perkara lagi yang harus diingat oleh penentu dasar pelajaran negara ialah hakikat bahawa bukan bahasa Inggeris saja yang menjadi sumber ilmu dan ketamadunan era globalisasi. Angkasawan kita naik ke angkasa lepas dengan menggunakan bahasa Russia, bukan bahasa Inggeris.

Potensi pasaran terbuka negara China sekarang seharusnya menarik minat kita untuk menguasai bahasa Mandarin. Mengapa tidak kita menggunakan bahasa Mandarin untuk menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik? Sudah terbukti pula, anak yang berbahasa Mandarin sememangnya terkehadapan dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Masyarakat Malaysia juga akan menjadi lebih telus dan tulus kerana mengetahui pelbagai bahasa tempatan. Jadi saya suka mengesyorkan, di samping memikirkan untuk meneruskan PPSMI atau tidak, wajar juga difikirkan keperluan mengajarkan Sains dan Matematik menggunakan bahasa Mandarin. Selamatkanlah bahasa Melayu.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tuesday, January 13, 2009

Gerakan Mansuh PPSMI kejar Najib di Kuala Terengganu

Seperti kenyataan Sdr Hasni Abas Pengarah J/K Perlaksana MANSUH PPSMI dalam Malaysiakini bahawa pihaknya akan berjumpa dengan pimpinan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu sebelum pembuangan undi. Idea penyerahan memo ini adalah idea Dato' Dr Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka semasa pertemuan pada 8hb Januari 2009 lepas di Yayasan Karyawan, Damansara. Tujuan mereka adalah untuk menyerahkan memo memansuhkan PPSMI. Kata dua akan diberikan kepada Najib samaada mansuhkan PPSMI atau demo 100 ribu ala bersih di Istana Negara. Apakah respon Najib mengenai isu ini ? Mari kita lihat sama-sama.....

http://www.malaysiakini.com/news/96260


Suhaizan Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, January 12, 2009

HUDUD UNDANG –UNDANG YANG PALING RASIONAL

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Dalam artikel saya yang lalu saya menyatakan bahawa hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama tetapi juga dari sudut ilmiah . Dalam tulisan kali ini saya akan cuba menjawab serba sedikit persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan di dalam isu hudud ini. Persoalan pertama yang sering dibangkitkan adalah undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan perbincangan katakanlah kita terima bahawa hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya adakah apa sahaja undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah undang-undang yang tidak baik dan perlu diketepikan begitu sahaja. Jika benar sesuatu undang-undang itu benar-benar bercanggah dengan Perlembagaan , tidak bolehkah Perlembagaan tersebut dipinda bagi membolehkan undang-undang yang baik tersebut diluluskan dan seterusnya dilaksanakan. Adakah meminda peruntukkan dalam Perlembagaan adalah suatu jenayah atau “dosa” yang besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukankah selama ini Perlembagaan negara ini telah beberapa kali dipinda ?

Selanjutnya adakah semua undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang baik dan tidak zalim kepada rakyat ? Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ), Akta Polis , Akta Hasutan , Akta Penerbitan & Mesin Cetak, Akta Universiti dan Universiti Kolej ( AUKU ) adalah contoh undang-undang yang digubal menurut peruntukan Perlembagaan dan sehingga kini diputuskan oleh Mahkamah undang-undang tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan. Tetapi siapa yang boleh menafikan akta-akta tersebut, meskipun selaras dengan Perlembagaan, adalah undang-undang yang zalim dan telah terbukti menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Sehingga kini suara-suara yang meminta undang-undang tersebut sama ada dipinda atau dimansuhkan masih terus berkumandang . Meskipun undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan kenapakah ianya diminta untuk dipinda atau dimansuhkan?

Dalam konteks undang-undang hudud adilkah untuk kita meminta undang-undang Allah tersebut dipinda bagi membolehkan ianya selaras dengan Perlembagaan ? Sudah tentu alternatif terbaik, jika ianya bercanggah dengan Perlembagaan , maka sewajarnya Perlembagaan itu sendiri yang harus dipinda. Mungkin ada yang berhujah adalah sukar untuk kita meminda Perlembagaan Persekutuan ? Apa yang lebih susah dari meminda peruntukkan Perlembagaan Persekutuan apabila ianya menyentuh isu imuniti Raja. Bukan sahaja pindaan tersebut memerlukan dua pertiga tetapi ia juga perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Tetapi, seperti yang kita maklum, pindaan tersebut berjaya dilakukan meskipun sukar.

Hujah yang saya berikan di atas bertolak dari andaian bahawa undang-undang hudud bercanggah dengan Perlembagaan. Namun perlu saya nyatakan di sini ada juga dari kalangan ahli-ahli undang-undang yang berpendapat undang-undang hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Antara lain hujah yang dikemukakan oleh ahli undang-undang ini adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang sepertimana yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri ( State list ) di Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah termasuk menggubal undang-undang Islam ( Islamic law ) dan perkataan undang-undang Islam di dalam Senarai Negeri tersebut hendaklah ditafsirkan secara luas sepertimana yang difahami oleh Islam.

Persoalan kedua yang juga sering ditimbulkan adalah undang-undang hudud terlalu keras ( harsh ) dan ianya menakutkan orang bukan Islam. Undang-undang memotong tangan pencuri dan merejam penzina dianggap undang-undang yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.

Pertamanya persoalan orang bukan Islam. Jika dilihat kepada Enakmen hudud yang digubal di Kelantan dan Trengganu adalah jelas ianya tidak terpakai orang-orang bukan Islam. Oleh itu kebimbangan orang-orang bukan Islam tidak ada asasnya.

Selanjutnya isu sama ada sesuatu undang-undang itu keras, tidak bertamadun atau ketinggalan zaman adalah persoalan persepsi. Kita lihat undang-undang yang mengenakan hukum mati ( death penalty ) sendiri, sehingga kini ianya menjadi bahan perbahasan. Ada yang menyatakan ianya adalah undang-undang yang keras, tidak bertamadun dan ketinggalan zaman kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.

Memandangkan persepsi masyarakat berbeza, ada negara yang meneruskan hukum mati dan ada negara yang tidak. Hatta bagi negara yang mengekalkan hukum mati mereka juga tidak sepakat tentang kaedah untuk melaksanakan undang-undang hukum mati tersebut. Ada yang setuju dengan kaedah menggantung penjenayah. Ada pula yang setuju ianya dilaksanakan dengan cara menembak penjenayah dan ada pula yang setuju ianya dilaksanakan dengan cara meng”inject” dengan gas beracun. Bagi yang memilih untuk menggantung mereka berpendapat hukuman tembak adalah terlalu keras dan tidak bertamadun dan begitulah sebaliknya.

Hatta ada juga para sarjana undang-undang yang berhujah undang-undang memenjarakan penjenayah juga bukan sahaja zalim.tetapi juga tidak berkesan mengurangkan kadar jenayah. Ini kerana hukuman penjara bukan sahaja menghukum penjenayah yang melakukan jenayah tetapi juga ianya menghukum orang lain yang tidak terlibat dengan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah tersebut. Sebagai contoh jika seorang pencuri dipenjarakan, ianya bukan sahaja menghukum pencuri tetapi juga menghukum isteri dan anak-anaknya kerana mereka dengan secara paksa dipisahkan dari suami dan bapa mereka. Ia juga menghukum pembayar cukai yang terpaksa menanggung makan dan minum sipencuri tersebut di penjara. Tidakkah ini zalim ? Negara kita mengenakan hukuman penjara ke atas pencuri namun secara jujur adakah undang-undang tersebut telah berjaya mengurangkan kadar jenayah kecurian dalam negara ini ? Pada masa kini kecurian juga boleh berlaku di dalam balai polis sendiri-tempat yang sepatutnya paling selamat !!!

Selanjutnya jika kita mempelajari falsafah , prinsip dan teori hukuman ( sentencing ) kita tentu biasa dengan istilah pencegahan (deterrence ). Tujuan hukuman antara lain adalah untuk mencegah. Hukuman potong tangan sebagai contoh memenuhi kriteria pencegahan kerana ianya bukan sahaja menakutkan pencuri tetapi juga orang-orang yang mungkin ada niat mencuri. Hukuman tersebut juga satu bentuk pengaiban ( humiliation ) yang paling baik kepada penjenayah. Tangan kodong sejak dari lahir atau tangan kodong kerana dipotong oleh doktor atas alasan kesihatan sudah tentu tidak sama aibnya dengan tangan kodong kerana menjalani hukuman kerana mencuri.

Seperkara lagi yang perlu kita faham meskipun hukum hudud secara relatifnya mengandungi hukuman yang agak keras ianya juga dalam masa yang sama menuntut satu kaedah pembuktian yang paling ketat ( rigid ). Dalam bahasa undang-undang , jenayah hudud menuntut satu standard pembuktian ( standard of proof ) yang lebih tinggi dari undang jenayah yang diamalkan sekarang. Standard pembuktian jenayah hudud adalah melampaui segala keraguan ( beyond any shadow of doubt ) sedangkan undang-undnag jenayah yang sedia ada hanya mengenakan standard pembuktian melampaui keraguan munasabah sahaja ( beyond any shadow of doubt ). Jadi undang-undang manakah yang lebih melindungi hak orang yang dituduh.

http://peguampas.blogspot.com/

Friday, January 9, 2009

ISU HUDUD : DEWAN PEMUDA PAS SEDIAKAN JALAN KELUAR

Satu senjata UMNO yang masih belum ditumpulkan lagi telah digunakan sekali lagi oleh UMNO dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk memecah belahkan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). Terbaharu kononnya pertembungan telah berlaku antara Pengerusi DAP YB Karpal Singh dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pertembungan ini bermula apabila Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS telah menyatakan bahawa hudud hanyalah untuk orang islam sahaja, oleh itu tidak timbul orang bukan islam takut kepada hudud. Penjelasan yang sama juga telah dikemukakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah menyatakan bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam sahja. YB Karpal Singh yang juga merupakan seorang peguam yang dihormati telah menyangah kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung pemakaian undang-undang hudud ini. Karpal, berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

Persoalannya sampai bilakah pemimpin Pakatan Rakyat(PR) harus berbeza pendapat terhadap isu hudud? Semua pemimpin PR harus ingat bahawa tuhan telah memberi petunjuk dalam pilihanraya 2008 bahawa kalau PR mahu memerintah Malaysia mestilah ada kesepakatan antara PAS, Keadilan dan DAP. Rakyat mahu melihat kesepakatan, bukannya mahu melihat siapa yang menjadi hero untuk sesebuah parti atau kelompok masyarakat. Janganlah menggunakan media sehingga rakyat menjadi muak untuk mendengarnya. Selesaikan masalah ini dimeja rundingan.

Dalam mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Kuala Terengganu pada 5hb Januari 2009 lepas telah bersetuju untuk mengadakan sidang meja bulat bagi mempertemukan para cerdik pandai daripada kalangan parti komponen PR untuk membincangkan isu-isu bersama. Rumusan perbincangan ini akan dipersembahkan kepada pemimpin-pemimpin utama dalam PR. Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia untuk menjadi orang tengah bagi merumuskan persoalan-persoalan yang masih belum lagi terungkai dalam PR. Insaya-Allah.


Suhaizan Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Thursday, January 8, 2009

Dato' Dr. Hassan Ahmad Bersetuju Mengetuai Himpunan 100 Ribu


Pertemuan dengan Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Yayasan Karyawan yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pusataka telah membuahkan hasil. Beliau bersetuju memimpin Himpunan 100 ribu bagi membantah pengajaran & pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Bagi mempastikan bantahan ini terfokus kepada sesuatu isu dan dapat dihayati oleh semua kalum di negara ini maka beliau telah mencadangkan Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu di tukar kepada Gerakkan Memansuh Pengajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeri (PPSMI) atau singkatannya MANSUH PPSMI. Himpunan yang dirancang dikenali sebagai Himpunan 100 Ribu Mansuh PPSMI. Terdapat dua Jawatankuasa terbabit dalam melaksanakan misi ini, iaitu Jawatankuasa Induk MANSUH PPSMI. Jawatankasa kedua dikenali sebagai Jawatankuasa Perlaksana MANSUH PPSMI. Aktiviti MANSUH PPSMI yang pertama adalah menghantar Memo kepada Dato' Seri Najib Tun Razak Timbalan Presiden UMNO dan Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Kuala Terengganu pada 14 atau 15 hb Januari 2009 di Kuala Terengganu.




Suhaizan Bin Kaiat
Timbalan Pengarah
Jawantankuasa Perlaksana MANSUH PPSMI.

Web berkaitan :
http://www.malaysiakini.com/news/96056
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18717&Itemid=1
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18670&Itemid=1
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-khabar-dari-bangi/index.php?option=com_content&task=view&id=18444&Itemid=1






Wednesday, January 7, 2009

Road-Show Himpunan 100 Ribu Akan Di Susun Di Negeri-negeri


Kesempatan bertemu Ketua Kerajaan Negeri Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Kerajaan Negeri Kedah Dato' Seri Azizan Razak dalam penamaan calon pilihanraya Kuala Terengganu di ambil untuk memohon kerjasama kedua-dua kerajaan negeri membantu menjayakan road-show Himpunan 100 ribu di negeri-negeri. Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang juga pernah menyaman Kementerian Pendidikan berhubung Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2006 bakal menjadi ikon kepada Himpunan 100 Ribu ini. Kedua-dua Ketua Kerajaan ini telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan Sekretariat menjayakan road-show di negeri masing-masing.
Suhaizan Kaiat
Timbalan Pengarah
Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu

Sunday, January 4, 2009

Mari Kita Jayakan Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu

The New Straits Time pada sabtu 3hb Januari 2009 telah menyiarkan berita bertajuk ”100,000 to take part in protest”. Berita ini telah memetik kenyataan Pengarah Jawatankuasa Perlaksana Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu Sdr. Hasni Abas yang akan mengadakan suatu Himpunan 100 ribu di Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dengan bantahan pegajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Pihak Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang dianggotai oleh badan-badan bukan Kerajaan (NGOs), parti-parti politik dan individu pejuang Bahasa Melayu yang telah melangkah tahap kedua membantah PPSMI. Keputusan untuk mengadakan Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu (Himpunan SELAMAT) merupakan suatu langkah yang berani bagi mempastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan di negaranya sendiri.

Saya yakin dan percaya bahawa himpunan ini akan berjaya dilaksanakan berdasarkan bantahan-bantahan yang telah yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pencinta bahasa, NGOs dan parti politik seperti Datuk Dr. Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka), Tan Seri Abdul Aziz Abdul Rahman (bekas Pengerusi MAS), Tun Abd Rahman Yaakob (bekas Menteri Pendidikan), Datuk Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka), Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein, Prof. Dr Awang Sariyan dan ramai lagi. NGOs dan parti politik yang ke hadapan memperjuangkan isu ini adalah seperti GAPENA, Kumpulan Perihatin, PKPIM, Dong Jiao Zong, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, UMNO Johor, Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lain-lain lagi. Jika dibandingkan dengan Himpunan BERSIH yang kebanyakan dirasai oleh orang politik tetapi PPSMI dirasai oleh kebanyakan orang Melayu khususnya di luar bandar. Himpunan BERSIH juga dianggap sebagai pendorong kepada Himpunan SELAMAT. Ia merupakan suatu himpunan yang telah memecahkan tembok pemikiran orang Melayu yang sebelum ini sangat takut untuk berhimpun mempertahankan hak mereka. Oleh itu dijangka Himpunan SELAMAT ini akan lebih hebat daripada Himpunan BERSIH. Insya-Allah.

Himpunan SELAMAT ini bakal mencorakkan pemilihan dan perbahasan dalam Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini. Saki baki ahli UMNO yang cintakan bahasa Melayu tetapi takut untuk membantahnya semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir suatu masa dahulu bakal ke hadapan untuk memperjuangkan isu ini khususnya UMNO Johor. Calon-calon Naib Presiden UMNO bakal menggunakan isu ini untuk menekan calon utama Naib Presiden UMNO iaitu Dato’ Hishamuddin Tun Hussin yang bertanggungjawab terhadap PPSMI. Menteri Pendidikan ini bakal mencari jalan selamat untuk keluar daripada beban legasi Tun Dr. Mahathir ini.

Semua penggerak Himpunan SELAMAT ini harus berhati-hati dengan perangkap isu perkauman yang biasanya datang sebelum Perhimpunan Agong UMNO. Oleh kerana Himpunan SELAMAT ini merupakan himpunan besar-besaran orang Melayu maka isu perkauman adalah senjata yang paling ampuh akan digunakan untuk memerangkap Jawatankuasa. Jangan pula apabila dipujuk dan digertak oleh pihak tertentu maka individu dan NGOs yang terbabit membuat pusingan ’u-turn’ berpaling balik ke belakang. Akhirnya bahasa Melayu akan terus dipinggir dalam negara ini. SELAMAT BERJUANG.



Yang Benar,



Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Pusat

Berita Himpunan 100 ribu dalam NST

NST 3.1.2009

KUALA LUMPUR: The Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu (Save Bahasa Melayu Secretariat) will organise a gathering of 100,000 people to protest against the use of English in the teaching of Science and Mathematics.

Head of the secretariat's implementation committee, Hasni Abas, said yesterday that it would submit a memorandum against the move to the Yang di-Pertuan Agong."We had a meeting last Tuesday with non-governmental organisations and political bodies to discuss this matter." He said among those who attended the meeting included representatives from Pas Youth, Muslim Youth Movement of Malay-sia (Abim), Bahasa Melayu Students Association of Universiti Malaya and Malaysian Linguistic Association.The secretariat has two units: the main body and the implementation committee.

Members of the main body include Malay linguists Datuk Dr Hassan Ahmad, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Tun Abdul Rahman Yaakob, Datuk Aziz Deraman, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein and Prof Dr Awang Sariyan.

Hasil Perjuangan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kempas

Isu Pertama : Sampah di Bukit Kempas

Sejak 2002 - 2008 dihujung Bukit Kempas dijadikan tempat pengumpulan sampah. 5 kali laporan penduduk telah dibuat kepada pihak Majlis Perbandaran Johor Baharu. Malangnya tidak dilayan. Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kempas dipanggil oleh penduduk. PAR Kempas telah bertindak dengan memanggil sidang akhbar dan memasukkan soalan dalam sidang dewan undangan negeri Johor. Akhirnya Al-Hamdulillah pihak terbabit telah menghentikan operasi pengumpulan & pembuangan sampah. Mereka telah menambah dengan tanah merah. Penduduk sudah rasa selesa.




Bukit Kempas Dulu : Sampah dikumpul kemudian dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab



Bukit Kempas Sekarang : Operasi pengumpulan dan pembakaran sampah telah berhenti. Tanah merah telah dikambus.

Isu Kedua: Longkang Di Taman Cempaka


Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka yang di tubuhkan bawah PAR Kempas telah membuat kenyataan akhbar berhubung dengan masalah di rumah pangsa mereka. PAR Kempas telah mengajukan soalan dalam sidang DUN berhubung masalah mereka. Akhirnya Alhamdulillah mereka telah memperolehi sebahagian daripadanya. Antaranya adalah longkang dihadapan Taman Cempaka yang pecah dan dipenuhi rumput telah pun dibaiki.


Dulu : Longkang di hadapan Taman Cempaka yang pecah dan dipenuhi rumput.




Sekarang : Longkang telah dibaiki

Laporan oleh :
Suhaizan Kaiat
Penyelia
Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas

Friday, January 2, 2009

HIMPUNAN MEMBANTAH ISRAIL MEMBUNUH UMAT ISLAM



Suatu himpunan membantah serangan tentera Israil ke atas umat Islam di Palestin telah diadakan diperkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, JB pada jumaat 2hb Januari 2009. Kehadiran 200-300 orang. Antara pimpinan yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Dr. Mahfoz Mohammad, Tim Pesuruhjaya PAS Negeri Tn Hj. Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan DPP Pusat Sdr. Suhaizan Kaiat dan ramai lagi.

Cayyyalaaah PAS



Suatu keputusan yang cukup mengejutkan apabila Aduan Wakap Mempelam Y.B Abd Wahid Endot di istiharkan sebagai calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Ini berikutan khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini tidak ada orang memperkatakan calon yang telah 5 penggal mengetuai DUN Wakap Mempelam ini. Pengistiharan ini menunjukkan bahawa maklumat PAS tidak bocor sebelum masanya. Biasanya jika maklumat UMNO, sebelum keluar mesyuarat lagi maklumat dah keluar dalam media. Tetapi maklumat PAS ini tidak dapat dihidu langsung oleh akhbar.

Keduanya semua orang boleh bersetuju bahawa calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu mestilah individu yang boleh membawa kemenangan. Walaupun ada orang yang lebih berpengalaman seperti Dato Mustafa Ali, calon yang lebih popular seperti Tn Hj Mohammad Sabu dan calon yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi seperti Y.B Dr. Syed Azman. Tetapi Abd Yahid Endot dipilih kerana mempunyai semua ciri-ciri tersebut di Kuala Terengganu. Ada satu ciri tambahan yang cukup penting daripada ketiga-tiga ciri tersebut adalah hubungan yang cukup-cukup rapat dengan pengundi di Kuala Terengganu. Bayangkan dalam keadaan kerajaan negeri tumbang pada tahun 2004, Wahid Endot kekal sebagai Adun.

Satu lagi ciri yang cukup penting adalah perbandingan dengan calon UMNO Wan Farid. Kelebihan Wahid dibanding Wan Farid adalah lamanya dan rapatnya hubungan dengan masyarakat. Wahid Endot dilihat mempunyai kelebihan dibanding dengan Wan Farid dalam hubungannya dengan masyarakat. Walaupun kedua-duanya memimpin kawasan yang sama iaitu Kuala Terengganu.

Mungkin pemilihan Wahid Endot tidak sesuai di luar Kuala Terengganu walaupun di Parlimen sebelahnya seperti Marang. Walaupun Marang adalah kawasan yang kuat di Terengganu tetapi jika Wahid Endot di pilih di sana mungkin akan menemui kegagalan. Wahid Endot adalah calon yang betul-betul dikatakan calon pilihan tempatan.Saya penuh yakin Insya- Allah beliau boleh menang didalam pilihanraya kecil kali ini.